KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 22, 2011

14 kertas siasatan dibuka: 30 laporan polis berkaitan PRK Dun Tenang sejak 1 Januari


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 30 laporan berkaitan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tenang sejak 1 Januari lepas, lapor Bernama hari ini.

Jurucakap PDRM bagi DUN Tenang Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, sebanyak 14 kertas siasatan telah dibuka manakala bakinya diklasifikasikan sebagai "tidak ada tindakan lanjut" kerana kesalahan yang dilaporkan tidak tertakluk di bawah mana-mana akta.

"Laporan-laporan yang disiasat ini kebanyakkannya berkisar tentang ceramah-ceramah dan kempen yang diadakan tanpa permit polis, dan kita juga sedang menyiasat sebuah laporan mengenai kes fitnah," katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal (Martek) PDRM di sini hari ini. 

Tiada ulasan: