KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Januari 12, 2011

Gegaran Dr Lo'Lo' bukan retorik: SuaKasih produk baru PAS jalin hubungan kaum

Dengan kerjasama pintar, kreatif dan efisyen, Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa patut dikalungkan sejuta tahniah atas kejayaannya mempelopori "Suakasih Kita Bersaudara", Ahad 9 Januari yang lalu.Ia bukan retorik biasa. "SuaKasih" sarat dengan mesej, nasihat, diplomasi dan ukhwah sesama manusia.   

Kemajuannya ditandai dengan kehadiran bukan Islam sebagai bukti sikap terbuka PAS kepada semua kaum di negara ini. Ia bukan bertujuan meraih sokongan politik semata-mata sebaliknya kerana mengikut perintah Allah Taala. Mengaitkan ia dengan politik memang mudah dan rapuh, tetapi tuntutan agama jauh lebih tegar mengungguli program "SuaKasih Kita Bersaudara" ini.

Tahniah YB Dr. Lo'Lo' Dato' Mohd Ghazali atas inisiatif berani menampilkan "SuaKasih" sebagai produk baru PAS selain dari "Kami Prihatin" sebelum ini. Tahniah juga buat Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat yang memugar idea ini sehingga jadi realiti. Sudah tentulah Aiman Athirah Al-Jundi yang tegar dan  keras dengan keinginannya, benar-benar menjadikan "SuaKasih" ternama dipersadanya. 

Seperti kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Islam sememangnya tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam namun umat Islam diwajibkan menjalinkan hubungan baik sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.

Inilah mesej "SuaKasih" paling eksklusif dipamerkan Ahad lalu di tapak Kompleks Pendidikan Islam Titiwangsa, jalan Gurney yang kini menempatkan PASTI Al-Hidayah. Mesej ini penting untuk diterjemahkan oleh PAS, secara lebih praktikal dan mesra ummah. Barangkali Harakah cetak dan Harakahdaily boleh diseret sama sebagai penganjur pintar, selain dari menjadi lidah rasmi "SuaKasih Kita Bersaudara". 

Sudah tentulah produk sesubur ini, akan disokong tegar Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan-pimpinan yang lain. Lihat sahaja yang sudi bertandang, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Bendahari, Dr. Mohd Hatta Ramli; Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh dan ramai lagi.

Meminjam kata-kata  Dr. Lo' Lo' Ghazali, program "SuaKasih" terlaksana di atas kesedaran peri pentingnya mewujudkan persaudaraan sesama manusia, bukan lakonan untuk meraih sokongan rakyat.

Tiada ulasan: