KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 17, 2011

Masa Tok Guru Nik Aziz dah tak ada nanti, baru terasa dia seorang mujaddid abad ini - Dr Dzulkifli

Di Shah Alam, dalam program Forum "Bedah Buku Tokoh-tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah" yang diadakan di Masjid Saujana Utama hari yang sama juga, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad berkata, "Saya yakin, selepas Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tiada nanti, umat Islam akan menggelarkan dia mujaddid abad ini."

Penulis buku itu, Saari Sungib yang juga Adun Hulu Klang turut serta di samping moderatornya Zulkifli Sulong, Ketua Editor Harakahdaily. Nik Aziz adalah penulis pandangan sisi untuk buku itu. Bagi Dr Dzulkefli, kehebatan yang ditunjukkan Nik Aziz adalah berjaya menyesuaikan tuntutan Islam dengan tuntutan semasa iaitu dalam konteks hubungan antara Islam dan orang bukan Islam.

"Mungkin orang tidak sedar sekarang tetapi saya yakin selepas dia (Nik Aziz) tiada nanti baru orang akan sedar Tok Guru sebenarnya mujaddid abad ini," kata beliau.

Tiada ulasan: