KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Januari 23, 2011

Muhyiddin patut ajar Markom: Makan gaji dan menentang kerajaan berbeza dengan menentang Umno-BN

Kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru-guru di negara ini tetapi selain kesetiaan kepada negara, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, adalah elok bagi guru juga supaya setia kepada kerajaan.

"Kita tidak akan mempersoalkan. Selain dari setia kepada negara, elok juga kita setia kepada kerajaan. Sebab guru merupakan penggerak utama dalam masyarakat, masih dihormati, diberi penilaian yang tinggi. Guru jadi pemimpin dalam masyarakat, maka kita mahukan supaya sikap untuk kebersamaan antara kerajaan dan tenaga yang penting seperti guru selalu ada di situ,” katanya kepada Bernama.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran program Bangkit Guru Untuk Negara (B-GUN) peringkat Johor, di Pagoh, hari ini. Hadir sama, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran.

Elok juga Muhyiddin ajar sikit Markom Giran bahawa mennetang Umno atau BN bukannya mennetang kerajaan. Kerajaan entiti yang lain daripada apa yang difahami oleh Markom. Begitu juga makan gaji dengan kerajaan tidak sama dengan jadi alat Umno-BN tapi ambik gaji daripada kerajaan. Markom jug apatut tahu, bahawa mempertahankan Umno tidak sama dengan mempertahankan kerajaan. 

Jangan Markom sangka, beliau sekarang sedang mempertahankan kerajaan. Sebenarnya dia mempertahankan Umno. Sebab itu mana-mana guru yang kononnya anti kerajaan (sebenarnya anti-Umno) diambil tindakan. Markom silap faham antara penghayatan terhadap Umno dan kerajaan. Tetapi orang beginilah yang akan dinaikan pangkat dan pangkat oleh Umno atas nama kerajaan.  

Markom menimbulkan kontroversi awal bulan ini apabila kegiatannya berkempen untuk BN di Tenang dirakamkan dan disiarkan melalui Youtube. Dia bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa beliau hanya mahu mengenalpasti kecenderungan politik para guru untuk memastikan mereka "menyokong dasar kerajaan".

Kata Markom, beliau tidak berkempen tetapi berucap kepada kakitangan bawahannya dan tindaklan itu merupakan "hak kami untuk mengenalpasti (parti politik) yang guru kami sokong,". Tambahnya lagi, jika guru-guru didapati menentang kerajaan, maka mereka akan dihantar mengikuti kursus supaya mereka faham bahawa sebagai kakitangan awam, mereka tida boleh menentang dasar kerajaan.

Markom menjelaskan bahawa sebagai kakitangan awam, mereka merupakan pelaksana dasar kerajaan dan kerana itu, mereka mesti mengikuti apa sahaja dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah. Katanya, mereka makan gaji dengan kerajaan dan oleh itu, mereka tidak seharusnya menentang kerajaan, tetapi mematuhi apa juga dasarnya.

Akibat tindakannya itu, PAS Johor pada 7 Januari lalu, membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor itu mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.

Tiada ulasan: