Pakar Matematik Gunaan, Profesor Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin menyangkal dakwaan di sebalik alasan-alasan yang dikemukakan berhubung kenaikan harga petrol dan barang harian. Dalam wawancaranya bersama akhbar Sinar Harian, beliau menegaskan harga bahan api boleh diturunkan sehingga 30 sen seliter. Perkara itu katanya, boleh dilakukan dengan menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barangan. Dengan itu juga katanya, sekaligus dapat menghapuskan kemiskinan.
Katanya, Malaysia sebagai negara pengeluar minyak boleh menjual dengan harga murah untuk dalam negara tetapi menjual harga pasaran untuk luar negara. Malah jelasnya, kenaikan harga minyak di pasaran dunia bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, sebaliknya mendapat untung berganda.
Beliau mengemukakan perkiraan anggaran keuntungan jualan minyak negara disebabkan kenaikan harga minyak di pasaran dunia pada tahun 2007 hingga Jun 2009 di mana perolehan untung tambahan dari RM44 bilion setahun meningkat hingga RM78 bilion setahun.
"Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi," ujarnya pada wawancara itu. Sangkal beliau juga, tanpa subsidi harga minyak tetap boleh diturunkan, apatah lagi jika diberikan subsidi.
"Ketika minyak mentah berharga AS130 setong atau RM455 setong (dengan kadar tukaran RM3.50 kepada AS1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 dan diberikan subsidi 30 sen seliter menjadikannya RM2.70 seliter.
"Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut, mustahil mereka mahu menjual harga sama seperti dijual Petronas iaitu RM2.70 seliter," ujar beliau.
Terang Hamid, sekiranya syarikat asing tersebut tidak mendapat sejumlah subsidi, tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana dijual di negara lain. Sebab itu katanya, harga Shell di Singapura lebih mahal.
Menurut beliau, tinjauannya mendapati pengusaha stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. "Daripada jumlah itu, mereka hanya memperoleh komisyen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru, kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 88 peratus daripada RM33 bilion subsidi dibayar kepada syarikat asing," terangnya.
Bagaimanapun dakwanya, angka-angka subsidi tidak selari dengan penggunaan dan jualan minyak dalam negara. Oleh itu, beliau mempersoalkan kewujudan subsidi petrol tersebut. Jelasnya juga, walaupun tanpa subsidi, rakyat tetap sepatutnya tidak membeli minyak dengan harga yang mahal.
"Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerap terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak yang dijual dalam negara. Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual petrol dengan harga lebih rendah.
"Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan jualan minyak. Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas. Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil. Itupun, Petronas tetap mengaut keuntungan berbilion ringgit. Sedangkan dengan harga AS50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbilion ringgit, inikan pula AS138 (RM483) setong. Sepatutnya bila untung dua kali ganda, turun separuh harga," jelasnya.
Beliau turut menyatakan bahawa dakwaan stok minyak negara akan habis sebagai tidak benar. Ujar Hamid lagi, pada pandangannya model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada kerajaan tetapi salah pada rakyat.
Katanya, beliau sedia berkongsi formula tersebut dengan mana-mana pihak terutamanya parti politik yang berhasrat memerintah negara ini supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. "Insya-Allah, jika pemerintah melaksanakan formula ini semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi 'World Reserved Bank'," yakininya di akhir wawancara itu.
5 ulasan:
xjumpa pun mamat prof tu.. dia lecturer u mana? u penipu?
ni maksud MATEMATIK GUNAAN;
Dari segi sejarah, matematik gunaan secara asasnya terdiri daripada analisis gunaan, terutamanya persamaan pembezaan;teori penghampiran (termasuk perwakilan, kaedah asimptot, kaedah ubahan dan analisis angka); dan kebarangkalian gunaan. Bidang-bidang ini sangat berkait rapat dengan pembangunan fizik Newton, dan hakikatnya ahli matematik dan ahli fizik tidak dibezakan dengan ketara sebelum abad ke-19. Sejarah ini meninggalkan satu legasi: sehingga awal kurun ke-20, subjek seperti mekanik klasik sering diajar di jabatan matematik gunaan di universiti-universiti Amerika, tidak di jabatan fizik, dan mekanik bendalir masih diajar di jabatan matematik gunaan[1]. Mengikut tradisi, fizik, kejuruteraan dan sains komputer mengaplikasikan matematik gunaan.
Cuba check dlm wikipedia;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Matematik_gunaan
nampak sgt pembangkang penipu.. main tulis je xguna otak.. berita sampah!
"telaga minyak kita macam telaga air dikampung, dicedok banyak mana pun tak akan habis."
Prof Hamid Yeoh ...
Statement tak macam profesor pun.. ni based on assumption bukan facts.. ntah mane punya profesor di pungut..
prof ni dari utm..beliau merupakan seorg yang sangat tinggi ilmu matematiknya..beliau pernah mendedahkan penyalahgunaankuasa NC di salah sebuah ipta..Beliau juga merupakan satu2nya pakar dalam Matematik Gunaan di Malaysia..apa yang dihujahkannya adalah fakta dan bukan cakap kosong mcm yg UMNGOK slalu ckp..
lain kali nak cakap siasat betul2... kan dah malu. prof hebat gitu leh ckp prof pungut.
Catat Ulasan