KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Januari 21, 2011

Sistem Undi Proksi: Jelas SPR hanya alat pemerintah, walaupun asas demokrasi telah ditelanjangkan

Berikutan cadangan undi proksi, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) semakin dilihat membantutkan proses demokrasi di negara ini, malah ianya tidak setanding dengan kematangan rakyat yang bijak memilih. Pengerusi Jawatankuasa Forum Bersih 2.0, Dr Abdul Halim Yusof, pada sidang medianya berkata, SPR kini semakin keluar dari prinsip serta ruang lingkup tanggungjawabnya.

“SPR dengan jelas dilihat sebagai alat kerajaan untuk meneruskan hasrat sebagai pemerintah, walaupun asas demokrasi telah ditelanjangkan. Saya mewakili gabungan NGO Kelantan rasa kesal dengan kenyataan Pengerusi SPR yang mengatakan pihaknya sedang mengkaji sistem undi proksi bagi membolehkan seseorang pemilih boleh mewakilkan mana-mana individu yang layak pada hari pengundian," ujarnya.

Menurutnya, cadangan itu menggambarkan SPR telah memekakkan teliga dan memejamkan mata terhadap tuntutan yang telah dicadangkan oleh pelbagai pihak yang juga diamalkan di peringkat antarabangsa. Katanya, rakyat sudah menolak undi pos dan menuntut penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan dari pengundian berganda.

“Kini SPR cadangkan pula undi proksi yang miripnya lebih kurang undi pos, sama saja yang akan memberi manfaat besar pada kerajaan pemerintah hari ini,”ujarnya lagi. Sehubungan itu, beliau mengingatkan SPR agar tidak terus bermain silap mata serta memperbodohkan rakyat. Tegasnya, rakyat kini sudah pandai menilai.

Semalam SPR mengemukakan cadangan untuk memperkenalkan sistem undi proksi bagi membolehkan seseorang pemilih boleh mewakilkan pihak lain untuk mengundi bagi pihaknya yang mendedahkan kepada segala kemungkinan penyelewengan dan salah guna.

Tiada ulasan: