Sehingga kini, tiada pemimpin Umno Kelantan yang berani termasuk Ketua Pemudanya, Anuar Sufian mendedahkan bukti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad terbabit dalam "kes zina" seperti yang diuar-uarkan oleh Anuar.
Adun PAS Selising, Drs Saipul Bahrin mencabar supaya UMNO mengemukakan bukti kononnya beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.
Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan UmnoOnline, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu. “Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.
Ini menunjukkan Umno Kelantan begitu terdesak sehingga sanggup melagangkan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan Adun berkenaan dan PAS Kelantan khususnya. Sepatutnya, jika benar tuduhan ini, Umno mesti melakukan sesuatu yang hebat (bukan fitnah) untuk membuktikannya. Ini kerana pembuktian itu akan memberikan untung besar kepada Umno. Silap-silap, Kerajaan PAS boleh tumbang dibuatnya.
Soalnya, kenapa Umno gagal membuktikannya? Inilah yang dikatakan fitnah?
“Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru. “Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu… benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.
“Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti),” ujarnya seperti dipetik The Malaysian Insider.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan