KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mac 13, 2008

10 EXCO KEDAH Angkat Sumpah Tanpa Wakil DAP

Menteri Besar Kedah yang baru, Ustaz Azizan Abdul Razak (kanan) sedang memperkatakan sesuatu kepada Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustapha Ali

By MOHAMAD MUKHREEZ

SEPULUH anggota Exco Kerajaan Kedah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Wisma Darulaman, semalam, tanpa wakil DAP.

Daripada 10 anggota Exco itu, tujuh daripada Pas dan tiga wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tujuh Exco PAS yang mengangkat sumpah semalam ialah Amiruddin Hamzah (Anak Bukit); Taulan Rasul (Tokai); Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor); Aishah Ghazali (Merbau Pulas); Dr Hamdan Khalib (Tanjung Dawai); Dr Ismail Salleh (Alor Mengkudu) dan Abdullah Jusoh (Pantai Merdeka).

Sementara itu tiga wakil PKR ialah V Arumugam (Bukit Selambau); Tan Wei Su (Bakar Arang) dan Mohd Radzi Saleh (Lunas).

PAS yang mengetuai kerajaan hanya mengumumkan kerajaan negeri adalah gabungan antara parti itu dan PKR.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Awat MB pegang banyak sangat portfolio (8). Boleh fokus ke tak ni???
Cuba tengok Guan Eng brp ambik. Dulu kita pakat sibuk kata Pak Lah semua nak sapu. La ni amacam?