Jangan biarkan kelantangan Mohd Sabu disalurkan hanya melalui corong-corong speaker, terjahkan ke Dewan Negara agar kehening dewan selama ini bergema dengan gauman suara rakyat adalah suara keramat!
By TARMIZI MOHD JAM
NAIB Presiden PAS, Haji Mohd Sabu yang menjadi "ayam tambatan" parti itu tewas di kerusi Parlimen Kuala Terengganu ditangan penyandangnya Datuk Razali Ismail.
Namun saya gagahkan juga menonton TV3 dan RTM dan kadang-kadang beralih ke Astro Awani, dengan harapan rakan saya ini, pimpinan saya juga sebenarnya menang, hanya kesilapan tv menyiarkannya.
Rupa-rupanya tidak. Memang betul-betul Mohd Sabu kecundang di Kuala Terengganu, sama macam kecundangnya di Kuala Kedah pada 2004 lalu.
Ramai juga rakan-rakan call saya, bertanyakan kesahihan kekalahan Mohd Sabu pada malam keputusan pilihan raya diumumkan. Saya tetap menafikan beliau kalah.
Sehingga ke pagi esoknya, masih ada SMS dan panggilan telefon menerjah masuk, bertanyakan adakah benar pemidato PAS yang bersuara lunak ini kecundang di Kuala Terengganu?
Saya antara yang paling sedih dengan kekalahannya itu. Kecewa dan rasa tiada berbaloi dengan pengorbanannya ke hulu ke hilir berkempen seluruh Malaysia dengan suara serak-serak basahnya "menggempur" pelusuk kampung dan bandar, "membelasah" pemimpin Umno dan BN.
Sayu rasanya hati ini, bila mengenangkan beliau ditahan polis sedemikian rupa kerana menggerakkan Himpunan 100,000 rakyat anjuran Bersih di ibukota Kuala Lumpur, tetapi "dikalahkan" di Kuala Terengganu.
Apakah puncanya? Tiada diketahui.
Hanya Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang seorang sahaja yang menang kerusi Parlimen dari parti lawan di negeri penyu menangis itu.
Mohd Sabu mendapat undi sebanyak 31,934 manakala penyandang asal, Datuk Razali Ismail dari BN meraih undi sebanyak 32,562. Paling menarik, calon bebas si nenek Maimun Yusof mampu mengutip undi setinggi 685.
Jika dilihat majoriti kemenangan calon BN itu sebanyak 628, dan undi rosak yang agak besar juga 931 undi; sebenarnya mampu memberikan kemenangan kepada Mohd Sabu jika tiada calon bebas menyertai pilihan raya itu.
Apakah mungkin, orang Terengganu menolak orang luar? Menendang calon import?
Tetapi, pada telaah saya itu bukanlah isunya. Ini kerana trend pengundi di Terengganu cukup pelik dan melanggar arus trend undi di Pantai Barat dan di Kelantan, utara negeri Terengganu itu sendiri.
Walhal tiga Dun dari empat Dun dalam Parlimen Kuala Terengganu dimenangi oleh PAS. Dun Wakaf Mempelam (Abdul Wahib Endut), Ladang (Datuk Tengku Hasan Tengku Omar) dan Batu Buruk (Dr. Syed Azman Syed Nawawi). Hanya Dun Bandar milik BN (Toh Chin Yaw).
Barangkali, isu "pengundi hantu" patut ditangani sedetail-detailnya bagi mengembalikan trend pengundian sebenar dan bersih.
Banyak bukti kebanjiran bas-bas pelbagai nombor pendaftaran yang dikawal oleh polis, begitu mencurigakan.
Mengapa mereka datang pada waktu hari mengundi? Sebelum dan selepas itu, tiadapun bas-bas sedemikian rupa? Dan apa kaitan polis dengan bas tersebut?
Jika tidak mengapa hanya Terengganu pembangkang gagal bangkit dan menang?
2 ulasan:
1. NST hari Ahad siar Mat Sabu menang. Memang betul menang setakat 12 malam. Selepas itu, datang pulak undi pos 900+, cuma 83 memihak kpd Mat Sabu.
2. Calom Bebas agak terkenal, ramai kenalan dan sahabat handai. Media BN pun promote. Ada pulak blog dan "jentera" sendiri yang membantu kempen. Kenapa tidak diusahakan rundingan agar Maimun menarik diri sedangkan isu yang hendak diperjuangkannya boleh dibawak oleh Mat Sabu? ( Gentleman
atau over-confident?)
3. Faktor calon luar ada jugak diperkatakan sebelum pilihanraya. Tapi Trengganu sudah lama menyaksikan kehadiran calon luar dsbnya. Tidak pasti setakat mana isu ini diperjelas oleh jentera PAS.
4. Juga tidak pasti setakat mana PAS memperjelas isu kes Mat sabu di Kota Bharu yg dimainkan BN.
5. Lawan Mat Sabu kebetulannya pulak antara wakil rakyat BN yang disenangi oleh banyak pihak di Trg. Dalam masalah nak lantik MB Trengganu ni pun, namanya turut disebut walaupun dia ahli Parlimen.
tapi aku rasalah ada hikmah juga mat sabu tak naik sebab dia syiah. kalau boleh yg jadi wakil rakyat pas biar sunni lah. kalu syiah susah jugak dia nak bawa masyarakat. benda akidah pun pas kena amik perhatian juga. sdr tarmizi pun tahu yang mat sabu tu syiah kan?
Sekadar pendapat saya. Wassalam.
Catat Ulasan