KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mac 07, 2008

SIMBAHAN CAT MERAH, Tanda Amaran Kepada Rashid SPR!


Tiada rasa simpati buat mu Rashid. Berani buat berani tanggung. Kamu yang bermain api dengan pengundi...

By TARMIZI MOHD JAM

TIADA sedikitpun rasa simpati dengan kejadian itu. Saya benar-benar meluat dan loya dengan oarang yang ditarik anak Badawi mengetuai SPR.

Dalam kepen-kempen saya jelas, menyeru agar SPR tidak lagi dipanggil Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi cemuhlah ia dengan panggilan Suruhanjaya Penipu Rakyat.

Saya benar-benar marah. Semua rakyat yang mahu pilihan raya adil merah. Cara dan langkah SPR hanya memihak kepada BN, tuannya. SPR tidak telus dan memang berat sebelah.

Mengarah itu dan ini, ikut sesedap hati. Membatal itu dan ini juga ikut sesedap rasa. SPR sendiri yang menjatuhkan kewibawaannya. Bukan sahaja tidak boleh jadi pengadil yang adil malah tidak layak menjadi hakim.

Laporan Agendadaily di bawah patut menjadi renungan orang bernama Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman:

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Rashid Abdul Rahman mendapat kejutan bila hendak ke pejabat pagi Khamis, semalam.

Kawasan depan rumahnya di Bukit Pantai Kuala Lumpur khususnya di pintu pagar disimbah cat warna merah oleh orang yang tidak dikenali.

Kejadian itu disedarinya pada jam 7.30 pagi ini. Rashid yang kelihatan tenang sahaja sewaktu dikerumuni para wartawan di rumahnya percaya kejadian ini ada kaitan dengan keputusan pembatalan pengunaan dakwat kekal pada jari dan kuku para pengundi.

Katanya mereka yang tidak puashati dengan keputusan SPR itu tak sepatutnya lepas geram pada pagar rumahnya.

Menurut Rashid perbuatan itu tidak akan mengubah apa-apa. Pembatalan pengunaan dakwat kekal itu yang sepatutnya pertama kali diperkenalkan semasa pengundian Sabtu ini telah mencetuskan berbagai dakwaan oleh parti pembangkang termasuk SPR mengikut telunjuk Barisan Nasional.

Polis sedang menjalankan siasatan keatas kes itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman memberitahu para wartawan di situ bahawa seorang pengawal keselamatan yang bertugas di rumah jiran di hadapan rumah Abdul Rashid ternampak tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna gelap, berhenti di hadapan rumah itu sebelum seorang daripada mereka turun dan melemparkan cat pada jam 12.30 malam.

"Pengawal keselamatan itu kemudiannya menjerit menyebabkan ketiga-tiganya melarikan diri dan mencampak tong cat ke dalam tong sampah di hadapan pagar rumahnya," katanya.

Beliau berkata rakaman imej pada kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah jirannya itu tidak jelas dan gagal mengenal pasti identiti suspek dan kereta yang digunakan mereka.

"Kediaman Abdul Rashid tidak dipasang CCTV dan ketika kejadian, dua pembantu rumah, dua anaknya, beliau dan isteri sedang nyenyak tidur," katanya.

Rashid berkata kejadian itu tidak akan sesekali mematahkan semangatnya dan tidak akan mengubah sebarang keputusan berkenaan pilihan raya yang telah dibuat.

"Hari ini rumah saya menjadi mangsa tetapi saya tidak gentar... saya tidak terjejas dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, saya akan terus lakukan apa yang perlu dan wajar seadil-adilnya," katanya.

Beliau juga tidak menafikan faktor keceluparan sesetengah pemimpin politik yang mencaci dan mempertikaikan keputusan SPR, mendorong para pengikut parti bertindak di luar kawalan kerana terpengaruh dengan dakyah pemimpin tersebut tanpa berfikir panjang.

"Saya juga ada terima SMS (khidmat pesanan ringkas) berbentuk ugutan dan cacian... saya cuma menganggap mereka ini "tidak betul"... mungkin mereka yang tidak bertanggungjawab ini percaya sayalah dalang disebalik perubahan rancangan asal SPR tanpa menyelidikinya dahulu," katanya.

Rashid berkata beliau bukanlah ahli politik yang memungkinkannya mempunyai seteru, bahkan SPR sendiri tidak memerlukan sebarang undian daripada mana-mana pihak, justeru politik dan taktik kotor sebegini tidak wajar berlaku.

"Saya percaya mereka yang melakukan perbuatan ini bukan penduduk sekitar sini dan saya akan pastikan pilihan raya kali ini berjalan lancar dalam suasana tenang. Masyarakat pula diingatkan supaya mengundi dengan cara yang lebih matang dan profesional," katanya.

Tiada ulasan: