By TARMIZI MOHD JAM
KAMI betul-betul terkejut apabila kehadiran menyambut kedatangan Tok Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS di Putrajayabegitu ramai sekali.
Bersesak-sesak macam menonton konsert penyanyi tersohor dunia.Tok Guru datang lewat.
Janji asalnya, jam 5.00 petang, calon Dun Chempaka itu akan berucap. Penyokong PAS sudah membanjiri Dewan Seraguna Persint 9, sejak jam 4 petang lagi.
Solat Asar disempurnakan di tengah-tengah dewan itu dengan hamparan tikar dan diimami oleh calon Putrajaya sendiri, Haji Mohamad Noor Mohd.
Saya yang duduk sebaris di kerusi VVIP atas pentas, dapat melihat asakan demi asakan penyokong PAS menerjah masuk ke dewan yang boleh memuatkan hampir 4,000 orang jika dalam keadaan berdiri.
Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Haji Ishak Surin memulakan ucapan. Diikuti Timbalan Pesuruhjaya PAS, yang juga Yang Dipertua PAS Putrajaya, Ustaz Mohd Nazir Zakaria.
Kedua-dua tokoh ini, mencanai dan mencincang BN selumatnya dan disambut sorakan, tepukan dan laungan takbir.
Setelah hadirin berasak-asak melampau, terfikir saya untuk membuka ruang di atas pentas untuk mereka. Saya maklumkan kepada Pesuruhjaya, agar tiada VVIP atas pentas, sebaliknya program petang itu mesti dilihat sebagai program PAS bersama rakyat.
Saya syorkan agar penyokong PAS dibenarkan memenuhi ruang di atas pentas dan biarlah dilihat orang, betapa sesaknya penyokong PAS pada hari itu.
Jauh dari sudut hati, mahu PAS dilihat tidak mementingkan protokol demi rakyat. Tidak memisahkan diri antara pemimpin dan penyokong.
Tidak membentuk tembok antara pentas dan bawah pentas. Antara yang duduk bersila dengan yang duduk berkerusi.
Idea saya itu, disambut serius oleh Haji Mohamad Noor. Dia bersetuju lantas memanggil pengerusi majlis agar umumkan supaya para penyokong di bahagian hadapan pentas naik ke atas pentas.
Tidak lama kemudian, Tok Guru sampai kira-kira jam 6.20 petang. Calon PAs yang sedang berucap, memendekan ucapan dan terus memberi laluan kepada Tok Guru untuk menyampaikan amanatnya.
Ada media yang melaporkan jumlah kehadiran antara 3,000 ke 4,000 orang. Namun, saya tidak percaya kehadiran berjumlah demikian.
Jika anggaran hadirin yang berdiri dalam dewan 4,000 orang, dan dikatakan jumlah penyokong PAS di luar dewan lebih ramai dari yang di dalam dewan, maka sudah tentulah anggaran kehadiran yang boleh diconggak sekitar 10,000 orang.
Ini berdasarkan jumlah kutipan derma jihad hampir RM16,000 dan sudah tentulah bukan semua menderma. Ini membuktikan betapa sokongan rakyat terhadap calon PAS Putrajaya sebenarnya, cukup hebat!
Kedatangan Tok Guru boleh disifatkan sebagai anjakan paradigma baru terhadap PAS Putrajaya.
Tidak benar dakwaan calon BN, kawan rapat VK Linggam itu bahawa PAS mengimport penyokong mereka ke Putrajaya. PAS tidak import, sebab yang suka berbuat demikian "import" ini kerja BN.
Mereka datang sendiri dan sudah tentulah, dicelah-celah kehadiran itu terdapat pengundi sah Putrajaya. Kawan Vincent Tan itu tidak perlu gusar.
PAS akan tetap memberi tentangan sengit kepada beliau dan kita lihat 8 Mac ini, nasib kawan VK Linggam ini selamat atau tidak.
Kita didoakan agar calon PAS, Haji Mohamad Noor Mohd dapat memberikan lonjakan baru dan menumpaskan kawan taukeh judi itu!
1 ulasan:
Kepada anda rakyat malaysia yang pengasih dan penyayang
Kami mewakili semua keluarga yang tertekan akibat kenaikan harga barang yang ketika ini naik mendadak amat menyiksakan kehidupan kami. Penderitaan ini juga tak secara langsung di tanggung oleh anak anak kami yang masih kecil dan tak tahu apa apa mengenai pendapatan dan perbelanjaan hidup.
Hati ibu bapa mana yang tidak luruh jatuh sedih pilu bila mendengar teriakan tangisan anak anak yang kelaparan dan serba serbi kekurangan akibat kenaikan harga barang yang telah mengecilkan nilai wang kita.Nilai wang semakin mengecil dan mengecil…tak tahulah berapa lagi kenaikan harga barang yang akan berlaku…
buat masa sekarang pun amat menyeksakan.
Sebagai rakyat malaysia kami pasti anda juga menghadapinya.
Bantu lah kami rakyat malaysia
Siapa lagi nak bantu selain rakyat senegara sendiri.
Sehingga kini tiada kesan penurunan pada harga barang
Tiada….kami amat risau.
Kerajaan Barisan Nasional langsung tak ambil peduli nasib kami
Kami risau dan takut apa akan berlaku pada masa akan datang
Kasihan lah diri kami.Kami sudah cukup menderita dibawah kerajaan BN (4 tahun yang amat menyeksakan)
Bantulah kami rakyat malaysia.tolong pertimbangkan nasib anak anak kecil kami ...
Jumlahnya amat besar.Mereka adalah masa depan kita dan negara.Masa depan mereka sekarang berada pada undi anda
Marilah kita semua tukar kerajaan BN kepada kerajaan yang benar benar berjiwa rakyat seperti anda
Saya ingin nyatakan rintihan rakyat Malaysia kepada hadirin sekelian.Ini realiti kehidupan majoriti rakyat Malaysia di seluruh negara.Ini adalah rintihan majoriti ibu bapa rakyat malaysia di seluruh negara Sekiranya anda tergolong didalam golongan ini maka rintihan ini disampaikan untuk anda sekelian oleh mereka yang juga rakyat malaysia sama seperti diri anda.
Kita rakyat malaysia semestinya mempunyai perasaan berkasih sayang.Kasih sayang kita kepada orang orang tua, anak anak kita, kawan kawan kita serta seluruh masyarakat kita.Kita semua tinggal dinegara kita Malaysia.Kita adalah rakyat Malaysia.Kita cintakan negara ini maka rakyat Malaysia bertanggungjawab penuh kepada setiap orang yang menjadi rakyat Malaysia.
Pada masa yang sama rintihan ini sedng dibacakan diseluruh negara.Dari Perlis sampai ke Sabah Rakyat Malaysia diperdengarkan rintihan ini.Agar kita semua tahu penderitan yang kita alami ini dapat didengar oleh majoriti rakyat Malaysia dan dikongsi bersama supaya rakyat Malaysia bersatu hati.Satu tujuan.Percaya dan yakin rakyat Malaysia pengasih dan penyayang serta mencintai rakyatnya sendiri.
Berubahlah demi masa hadapan.
Berubah sebelum parah.
Anda mampu mengubahnya.
ANAK ANAK KITA PASTI KENANG JASAMU
RAKYAT MALAYSIA...
"DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT"
TERIMA KASIH.
rakyat MELAYU cinta DAMAI
lambor juga.
Catat Ulasan