KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Mac 05, 2008

TERUKNYA BN URUS WANG NEGARA: Gemilang Apakah Jadahnya Mereka?

Pembaziran kerajaan BN membuktikan kepada dunia betapa tidak cerdik dan teruknya BN mentadbir kewangan negara hingga mengkayakan pemimpin dan rakyat hidup sengsara akibat kenaikan harga barang.

By TARMIZI MOHD JAM


APAKAH anda masih terliur untuk memangkah BN dalam pilihan raya kaili ini? Tolong anda jangan bersubahat dengan mereka. Siapa mereka?

Mereka adalah pemimpin BN dan calon-calon BN yang bersedia untuk meratah rakyat untuk memenuhi temolok mereka.

Masalah rakyat bukan intipati perjuangan tetapi membukitkan kekayaan adalah segala-galanya!

Duit kita, duit rakyat terus dibazir tanpa haluan, tanpa makna. Mereka meneguk dan menyedut duit itu di sebalik nama projek untuk rakyat. Namun, rakyat terus dihisap darahnya.

Kerugian RM1.4 billion akibat kegagalan Projek Jambatan Bengkok dan Pembinaan Kompleks Imigresen dan Kuarantin di Johor. Ini suatu angka yang besar, tetapi kerugian ini patut dihukum dengan undi anda.

Sudahlah rugi RM1.4 billion akibat kebodohan pemimpin BN mentadbir dan merancang.

Duit rakyat digunakan lagi untuk membayar pampasan kepada kontraktor terbabit Gerbang Perdana Sdn. Bhd. sebanyak RM400 juta kerana pembatalan projek yang hampir siap itu.

Dalam isu pembelian kapal terbang tentera Sukhoi Su-300MK sebanyak RM3.2 bilion hangus. Kemudian beli lagi kapal selam Scorpene RM530 juta!

Semua ini bukan dilihat untuk kepentingan keselamatan negara tetapi lebih kepada strategi untuk mengaut untung berlipat kali ganda pemimpin tertentu dengan cadangan yang bukan-bukan seperti ini.

Siapa yang untung? Barangkali Menteri Pertahanan, Najib Tun Razak.

Tanggungan beban dari pembatalan Jabatan Bengkok sahaja mencecah RM237 juta ditambah lagi dengan kegagalan Projek Pembangunan Pelabuhan Klang Free Trade Zon (PKFZ) sebanyak RM4.6 billion.

Kerajaan "bodoh sombong" anak Badawi ini terus silap dan silap menguruskan kekayaan negara. Semuanya ini bakal "memusnahkan" negara semata-mata untuk dijadikan umpan pilihan raya ke 12 ini.

Perlaksanaan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) sebanyak RM112 billion, Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) RM120 billion dan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) sebanyak RM200 billion.

Kerajaan BN yang dikatakan gemilang dan terbilang terpaksa membayar pampasan sebanyak RM500 juta kepada kontraktor akibat pembatalan Loji Insinerator di Broga.

Inilah sebab kukuh, pembaziran bermaharajalela yang sudah tentu terkandung di dalamnya rasuah yang pekat.

Apakah kerajaan begini mahu diberi mandat oleh rakyat?

Pembaziran kerajaan BN membuktikan kepada dunia betapa tidak cerdik dan teruknya BN mentadbir kewangan negara hingga mengkayakan pemimpin dan rakyat hidup sengsara akibat kenaikan harga barang.

Tiada ulasan: