KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mac 10, 2008

Tok Guru NIK AZIZ Kekal MB Kelantan Buat Penggal Ke 5 Berturut-Turut!

Tok Guru Nik Aziz terus diberi amanah mengetuai Kelantan buat penggal keempat berturut-turut...

By TARMIZI MOHD JAM


TOK Guru Nik Aziz, kekal Menteri Besar Kelantan setelah BN gagal menumpaskan PAS pada pilihan raya umum minggu lalu.

Calon MB BN, Dr. Awang Adek turut kecundang di Dun Perupuk dan Parlimen Bachok.

PAS Pusat memutuskan untuk mengekalkan kedudukan Mursyidul Am PAS itu sebagai MB Kelantan buat penggal kelima. Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang telah mengumumkan perkara itu semalam.

PAS terus bertahan buat penggal kelima berturut-turut pada pilihan raya kali ini dengan memenangi 39 daripada 45 kerusi Dun dalam pilihan raya yang mencemaskan BN.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam TMJ! ana nak perbetul fakta, sebenarnya Tok Guru jadi MB 5 penggal berturut-turut, bukan empat sebagaimana dinyatakan. Harap maklum, terima kasih. (1990, 1995, 1999, 2004, 2008)