KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 20, 2011

Aura Umno yang busuk: Mustafa Mohamad, Awang Adik hilang pedoman nak tawan semula Kelantan

PAS mengharapkan Dato' Seri Mustapa Mohamed dan Dato' Dr. Awang Adek Hussin menumpu usaha untuk memulihkan ekonomi Malaysia yang semakin parah, bukan sibuk mengganggu Kelantan. "Sepatutnya mereka berdua ini memerah otak untuk fikir macam mana hendak meningkatkan taraf ekonomi negara yang mengalami defisit sejak 12 tahun berturut-turut dan 10 tahun berturut-turut gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya kepada Harakah, harga barang semakin naik, akibat subsidi untuk rakyat ditarik, tetapi untuk kroni terus diberikan oleh BN. "Bukankah mereka berdua ini pakar ekonomi, sepatutnya sudah tentu boleh memikirkan untuk menaikkan taraf hidup rakyat di negara ini," ujarnya. Tambahnya, perlu diingat mereka bukan menteri untuk menjaga Kelantan, tetapi untuk menguruskan Malaysia di mana Mustapa adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri manakala Awang Adek pula Timbalan Menteri Kewangan.

"Kenapa mereka berdua tidak menegur kerajaan pusat yang diskriminasi terhadap Kelantan, seolah-olah Kelantan berada di planet Pluto?" soalnya. Menurutnya, sejak Rancangan Malaysia Keenam 1991, sebanyak 118 projek telah disekat daripada sampai ke bumi Kelantan.

Beliau menambah, sikap dendam sesama bangsa dan agama terbukti apabila Pusat menyekat wang royalti, minyak dibiarkan mendarat di Songkla Thailand, walaupun tidak ekonomik kerana yang penting kerajaan yang dipimpin oleh PAS mesti dinafikan. Kata Ustaz Idris, walaupun dinafikan dalam konteks federalisme, namun atas kebijaksanaan pemimpin yang bertaqwa dan bertanggungjawab kepada rakyatnya, Kelantan boleh mentadbir dengan baik.

Buktinya, kata beliau kadar kemiskinan di Kelantan menurun pada 4.1%  tahun 2008 berbanding 7.2%  pada 2007 dan 10.4% pada 2004 sedangkan kadar  kemiskinan di peringkat negara 3.8% sahaja. Maknanya, tambah beliau Kelantan lebih tinggi 0.3% sahaja di samping kadar kemiskinan  tegar di Kelantan hanya 0.6%  di mana lebih rendah kadar jumlah  kemiskinan tegar peringkat kebangsaan 0.8%.

Perkara itu, katanya didedahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika rombongan Kelantan berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi pelaksanaan RMK10 pada 25 Jan 2010. Tambah Ustaz Idris lagi, kenyataan pemimpin umno Kelantan yang  mengatakan Umno mampu untuk mengatasi masalah banjir berbanding dengan PAS adalah satu kenyataan yang angkuh.

"Kenyataan yang sama pernah dinyatakan oleh Datuk Seri Shahidan Kasim ketika kempen pilihanraya kecil Pengkalan Pasir yang mengatakan kerajaan Kelantan tidak pandai urus perparitan sehingga kerap berlaku banjir, dengan takdir Allah tidak berapa lama hampir separuh negeri Perlis banjir sehingga lumpuh pentadbiran negeri," tegasnya.

Tiada ulasan: