KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 20, 2011

Badrul Hisham terpaksa "berkuntau" melepaskan diri dari pengosongan kerusi Dun Pelabuhan Klang

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, 50, menolak alasan yang dinyatakan oleh Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim bahawa beliau gagal menghadiri sidang DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah sehingga menyebabkan kerusinya itu diisytiharkan kosong.

Menurutnya, sepanjang penggal tahun lalu sidang DUN dijalankan sebanyak tiga kali dan dalam tempoh tersebut, beliau hanya tidak hadir dalam sidang pembentangan bajet pada November tahun lalu.

"Saya belum tengok lagi keputusan yang dibuat tentang pengosongan kerusi DUN saya tetapi mengikut rekod, sekali sahaja saya tidak hadir sidang DUN sepenuhnya iaitu pada November lalu. Bagi sidang itu saya sudah menghantar surat memohon cuti kerana masa itu saya rasa macam tidak sihat dan pergi berubat secara tradisional.

"Selepas itu tidak ada lagi sebarang sidang DUN, jadi saya tidak tahu mengapa menyatakan saya tidak hadir selama enam bulan," katanya kepada Utusan Malaysia. Chang Khim dalam sidang akhbarnya petang ini berkata keputusan pengosongan kerusi DUN tersebut dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri dan tiada peruntukkan bagi merayu.

Badrul Hisham telah memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan majoriti 4,407 undi. Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd. Jamil yang mendapat 7,990 undi manakala calon Bebas, Nazir Mansor mendapat 580 undi.

Bagaimanapun, beliau telah bertindak keluar daripada parti itu pada Oktober 2009 setelah timbul desakan kerajaan negeri supaya wakil rakyat itu meletakkan jawatan atas faktor kesihatan. Beliau kemudian mengumumkan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas mesra BN pada 2009 dan kemudian memilih menyertai UMNO pada Mei tahun lalu.

Tiada ulasan: