KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 20, 2011

Putar belit Bernama: Anwar tegas mahu berdebat dengan Perdana Menteri bernama Najib Tun Razak

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang, menurut jurucakap Anwar malam tadi.

Berikut adalah kenyataan Anwar "Saya tegaskan di sini saya sedikit pun tidak berganjak daripada kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa Yang (Amat) Berhormat Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," menurut jurucakap itu kepada Bernama di sini malam tadi.

Jurucakap itu mengulas mengenai laporan berita terdahulu yang mengatakan bahawa Anwar tidak pernah mengajak Najib untuk berdebat mengenai pelan tersebut sebaliknya hanya mahu berbincang. Berita Bernama terdahulu melaporkan, di Alor Setar, Kedah, Anwar berkata kepada pemberita bahawa ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili pakatan pembangkang.

Tiada ulasan: