KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 22, 2011

Benarkah calon BN Dun Tenang ada banyak kelebihan berbanding Cikgu Mala?


Calon PAS Normala Sudirman, 38, akan menempuh laluan amat sukar untuk meraih kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil DUN Tenang. Walau tempoh kempen belum bermula, pertandingan kali ini sudah nampak berat sebelah apabila beliau menghadapi tentangan daripada calon BN Mohd Azahar Ibrahim, 39.

Di satu sudut, Mohd Azhar dilihat berkelebihan. Keluarganya dianggap sebagai antara golongan elit tempatan di Tenang. Allahyarham bapanya Ibrahim Daud merupakan wakil rakyat kawasan ini dari tahun 1999 hingga 2004. Bapa saudaranya Hashim Daud pula kini merupakan timbalan ketua bahagian Umno kawasan ini. Keluarga Mohd Azahar membentuk semacam satu dinasti di Labis yang merupakan pusat bandar bagi kawasan DUN Tenang.

Walau isu nepotisme dan politik dinasti mungkin akan menimbulkan persoalan dan kekhuatiran di kalangan pengundi, boleh jadi ia tidak akan menjadi faktor besar di kawasan ini. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sendiri yang terpalit dengan skandal seks pula telah berjaya melepaskan kedudukannya sebagai ahli parlimen Labis kepada anaknya - Chua Tee Yong.

Tiada ulasan: