KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 22, 2011

Kecoh Umno Labis: Taktik pemimpin tertentu kaut "duit" pilihan raya


Khabarnya begitulah. Mereka yang diura-urakan bertanding, kini merajuk. Merajuk cara Umno. Tetapi penyokong pula naik minyak. Marah kerana pemimpin mereka dipancung. Ini tentu kan menggugat sokongan dan mutu kerja jentera BN. Atau taktik mereka untuk "membuncitkan" perut makan duit pilihanraya.

Seperti jentera BN lain dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini, pertelagahan dalam parti akan diketepikan sebaik tempoh kempen bermula. Pemimpin Umno bahagian lain seperti Pemangku Ketuanya Rusdin Mahamud dan Ketua Wanitanya Haslinda Salleh yang telah dispekulasi sebagai calon sebelum ini telah menafikan wujudnya pertikaian berhubung sokongan kepada calon BN.

Bagaimanapun, kedudukan Mohd Azahar sebagai bekas timbalan pegawai daerah Rengit mungkin meletakkan beliau dalam keadaan sukar. Pengundi luar bandar Melayu yang masih hormat kepada pegawai kanan kerajaan dan terbudaya dengan politik naungan mungkin akan melihat Mohd Azahar sebagai calon semulajadi.

Namun, lain pula halnya dengan pengundi Cina. Pengundi di kalangan masyarakat inilah yang biasanya memegang kuasa ekonomi seperti di kawasan separa luar bandar seperti Tenang, lapor Malaysiakini.

Urusan pegawai di pejabat tanah dan daerah mungkin menjadi satu proses birokratik kepada golongan pengundi ini sehingga menimbulkan kejengkelan terhadap pihak berkuasa tempatan. Perasaan ini mungkin menjadi lebih kuat sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Pendek kata, latar belakang Mohd Azahar itu mungkin membawa mudarat kepada beliau sendiri dalam berhadapan masyarakat Cina yang membentuk 39 peratus daripada pengundi di sini.

Tiada ulasan: