KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 22, 2011

Perubahan besar bakal terjadi: Tabiat "membaca" rakyat Malaysia naik 1.3 peratus


Perubahan politik akan terjadi jika rakyat suka membaca, Dari perbuatan membaca timbul kesedaran dan keinsafan untuk berubah. "Ikraq" atau "Bacalah" yang mnejadi kalimah "kuasa" dalam Al-Quran sudah menjelaskan perihal pentingnya "membaca" sebagai kunci untuk menuntut ilmu, demikian tegas Setiausaha PAS Batu, Haji Ismail Yahya kepada Sanggahtoksago.Com sebentar tadi melalui SMS.

Katanya, akibat dari amalan "membaca" yang tegar pada tahun 1997, maka lahirkan revolusi reformasi politik yang ketara walaupun tidak menyeluruh ketika TPM, Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya dan melancarkan reformasi. Laman web atau media baru di internet telah banyak membekalkan maklumat sehingga menyebabkan aliran info tidak boleh disekat dan rakyat memeiliki kesedaran yang tinggi untuk berubah.

Terbaharu, tabiat membaca di kalangan orang ramai meningkat sedikit sebanyak 1.3 peratus tahun lepas dengan 56,676 telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan tempatan di seluruh negara, menurut statistik Perpustakaan Negara. Timbalan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata dalam tempoh itu 776,347 buku telah dipinjam oleh para pembaca iaitu peningkatan 9.5 peratus berbanding 2009.

Salang memberikan butiran ini semasa melancarkan kempen galakan membaca 1Malaysia, kali pertama tahun ini, di sebuah rumah panjang Iban, Rh. Ijam di Nanga Sebuntang di kawasan Parlimen Julau di Julau, malam tadi, lapor Bernama.

"Rakyat Malaysia terutama di kawasan bandar pada umumnya kini mula menanam tabiat suka membaca. Bagi yang tinggal di kawasan luar bandar patut mengikut langkah ini bagi memastikan mereka tidak ketinggalan bagi mendapatkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan semasa," katanya.

Tiada ulasan: