KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 22, 2011

Rais Yatim bila lagi?: Indonesia sudahpun sekat laman lucah melalui Blackberry


Indonesia telahpun menunjukkan jalan. Malaysia bila lagi? Menterinya,. Rais Yatim patut menunjukkan contoh teladan yang baik dalam menangani isu ini di Malaysia. Masalahnya yang berbangkit di Indonesia adalah sama dengan apa yang terjadi di Malaysia dan alatnya pun serupa telefon mudah alih Blackberry.

Munculnya beratus juta alamat baru laman web pornografi serta pertambahan kandungan bahan pornografi yang terlalu banyak pada setiap saat, merupakan rintangan besar kepada usaha kerajaan Indonesia menyekat bahan lucah dalam Internet.

Ketua Pusat Informasi dan Perhubungan Awam Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia, Gatot S. Dewa Broto berkata berdasarkan data Januari 2010, terdapat 400 juta alamat baru laman porno baru dan setiap saat muncul 28,000 hingga 30,000 bahan yang mengandungi unsur pornografi di Internet.

Hari Rabu lalu merupakan hari terakhir bagi Research In Motion (RIM), pengeluar telefon bimbit pintar Blackberry untuk menyekat kandungan pornografi di perkhidmatan Blackberrynya. Sebahagian besar kandungan bahan itu sudah tidak dapat diakses melalui Internet dengan menggunakan alat itu sejak hari berkenaan.

RIM telah memaklumkan kepada kerajaan Indonesia bahawa ia telah memulakan sekatan itu sejak 19 Januari pukul 4 pagi waktu Jakarta atau 18 Januari pukul 6 petang waktu Kanada. Beberapa laman porno yang masih dapat diakses melalui perkhidmatan internet biasa, sudah tidak dapat diakses melalui Blackberry dan dilayar kaca telefon bimbit itu tertera ayat "Laman web yang anda buka tidak boleh diakses melalui jaringan ini" pada petang semalam.

Tiada ulasan: