KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 15, 2011

Blogger Cina Islam, Sanggahtoksago dan IbnuHashim meriahkan Hi-Tea Mee Goreng Tenang 15 Januari di Bandar Dalam, Sentul


Mengambil kesempatan sempena Majlis Makan Malam dan Dialog MB Kelantan dengan blogger dan facebooker di Hotel Grand Seassons Kuala lumpur 15 Januari ini, PAS Kawasan Batu menganjurkan  "Hi-Tea Mee Goreng Tenang Bersama Adun Titi Serong & Blogger Ibnuhashim".

Demikian menurut Timbalan YDP PAS Batu, Haji Suhaimi Abdul Rahman (gambar kiri) ketika menghubungi Sanggahtoksago.Com sebentar tadi. Katanya, program selama satu jam setengah itu akan diadakan di hadapan Rumah YDP PAS Batu, Haji Ishak Surin, Bandar Dalam, Sentul bermula jam 5 petang.

Adun Titi Serong yang juga Blogger Cina Islam, YB Drs Khalil Idham Lim telah mengesahkan kehadiran ke majlis yang diadakan secara mengejut ini. Begitu juga Blogger Ibnuhashim atau Dr. Mohd Hashim (gambar kanan). Mereka dijangka akan mengulas beberapa isu terkini yang sedang hangat diperkatakan.

Menurut Suhaimi, Yang DiPertua PAS, Haji Ishak Surin akan melancarkan kutipan derma jihad sempena PRK Dun Tenang yang akan berlansung 30 Januari ini. Berikutan itu, PAS Batu akan menghantar lebih ramai sukarelawan ke Tenang untuk membantu jentera pilihan raya di sana.

"Orang ramai, ahli PAS dan para penykong Pakatan Rakyat dijemput hadir beramai-ramai. Hebahkan kepada mereka bagi meraikan kehadiran Adun dan blogger ternama ini. Hi-Tea ini percuma. kalau nak sedekah masukkan dalam tabung PAS kawasan nanti," tegas beliau.   

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hvorfor ikke:)