PAS tidak terkejut jika bekas Menteri Besar Selangor, Mohd Khir Toyo bertindak meletakkan jawatan Adun Sg Panjang, Selangor dalam masa terdekat. Memandangkan beberapa langkah kontranya dengan arus perdana Umno-BN yang semakin tidak menyebelahinya.
Menurut Naib Yang DiPertua PAS Batu, Tarmizi Mohd Jam, Khir mampu mengambil tindakan drastik itu sebagai "balas dendam" terhadap perbuatan sesetengah pemimpin Umno Selangor yang cuba "membunuh" karier politik muktakhir ini.
Apabila beliau disabitkan dengan rasuah memiliki sebidang tanah, dan didakwa di mahkamah, anak Jawa Tanjung Karang itu sudah dapat menghidu permainan licik pihak tertentu yang menjadi seterunya, sehingga beliau bertindak balas dengan meletakkan jawatan Ketua Pembangkang Dun Selangor, ujar beliau kepada Blog Sanggahtoksago.Com.
Langkah mundurnya itu, tegas Tarmizi, cuba dikendurkan dengan satu tulisan di dalam blognya sehari dua ini tentang penyerahan darjah kebesaran Selangor kepada Baginda Sultan. Namun, dengan pantas, kilasannya itu dijawab secara terang, bahawa bukan beliau menyerahkannya secara sukarela tetapi diarah oleh pihak Istana menarik balik atau menggantung darjah kebesaran itu.
Umno Selangor, katanya, mungkin sedang ghairah untuk mendesak dan mengasak Adun Sri Muda, Shah Alam dari PKR meletakkan jawatan, tetapi tanpa disedari mereka sedang menghadapi "api dalam sekam" Khir Toyo yang akan mengilas dengan beberapa keputusan luar biasa terhadap Umno-BN itu sendiri, termasuk melepaskan jawatan Adun Sg. Panjang seperti beliau melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Dun dan merelakan darjah kebesaran ditarik balik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan