KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Januari 14, 2011

Umno terima padah PRU-13: Telah beri markah merah kepada bangsa Melayu - Teras


Perjuangan Umno dalam membela nasib orang Melayu di negara ini sejak 53 tahun merdeka ditandai markah merah denga rekod paling teruk dalam laporan status Melayu. Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid berkata isu-isu tersebut sangat diketahui dan difahami oleh orang Melayu.

"Ianya sangat dimaklumi orang Melayu bahawa rekod status orang Melayu sejak merdeka memperlihatkan perubahan dalam bentuk taraf hidup," ujarnya. Tegasnya, ia sekaligus mengundang pelbagai persepsi nagetif tentang  laungan Umno sebagai pejuang sejati Melayu ekoran dasar perjuangan parti itu yang berpaksikan bangsa Melayu.

"Apa yang terjadi, menyebabkan kita timbul tanda-tanya mengenai keseriusan dan kebenaran Umno dalam memperjuangkan bangsa Melayu. Sungguhkah Umno mengatakan ia sebagai juara Melayu? Dakwaan itu benar atau palsu?" tanya beliau lagi. Azmi mendakwa kepimpinan Umno gagal untuk menampilkan pemimpin yang boleh membela hak orang Melayu sejak perletakkan dasar yang terpaksa menghapuskan hak orang Melayu.

"Setelah melihat amalan meritokrasi yang diperkenalkan, perlaksanaan pendidikan Islam, dan dalam isu-isu penghakisan hak orang Melayu, saya berpandangan kenyataan Umno bahawa ia sebagai penyelamat Melayu merupakan satu slogan untuk menutup kelemahan mereka yang sedia ada," tegasnya.

Jelas beliau lagi, peminggiran orang Melayu berlaku dengan tergadainya tanah orang Melayu, tergugat bahasa Melayu, hilangnya banyak sekuriti Melayu dalam pelbagai institusi korporat, budaya rasuah sehingga kemuncaknya ialah kerosakan akhlak anak muda Melayu yang tidak dapat dinafikan Umno. Sungguhpun demikian, beliau berkata Umno masih tetap berani melaungkan slogan mereka sebagai pejuang Melayu.

"Sedangkan ia merupakan slogan yang sangat rapuh, tidak bersandar kepada rekod yang telah sedia maklum apabila mereka telah menggadaikan kuasa-kuasa majoriti Melayu. Ghairah memodenkan orang Melayu, gelojoh elit Melayu yang disokong oleh Umno sehingga hampir mengorbankan Melayu itu sendiri," tegas Azmi.

Tiada ulasan: