KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Januari 19, 2011

Khir Toyo anggap pendedahan Faekah Husein sebagai "Menyerang Si Buta Yang Tidak Bertongkat"

Buat masa ini saya tidak akan menjawab kenyataan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor mengenai pemberian projek-projek kepada Shamsudin Hayroni kerana ia boleh menjadi subjudis kepada kes saya yang akan dibicarakan pada bulan Jun nanti.

Ini merupakan kali pertama saya tidak menjawab sebarang tuduhan yang dilemparkan kepada saya kerana telah terikat dengan kes Mahkamah dan mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menjejaskan pembelaan saya. Sebenarnya jika kerajaan negeri ikhlas untuk membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang didakwa oleh Faekah, mereka sewajarnya memberi senarai tersebut kepada badan tersebut. 

Jika mahu mencari kebenaran mereka sepatutnya mendedahkan berbulan yang lalu agar saya dapat menjawabnya bukannya sekarang ketika maAAna mereka tahu saya terpaksa mendiamkan diri. Ini merupakan tindakan bacul dan tidak bermaruah kerajaan negeri Selangor. Serangan Pejabat Menteri Besar Selangor ke atas saya kali ini tidak lebih cuba menunjuk jaguh kepada orang buta. Itu sahajalah kemampuan kerajaan yang penuh dengan kacau bilau, pembohongan dan pendustaan.

Sumber >> Mohd Khir Toyo dari tulisan terkini beliau dalam blognya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pula dengan menyerang orang mata tertutup tangan terikat ?

bunbinban berkata...

elehhh...yg selama ni BN dok nyerang dari segenap penjuru media masaa danmedia elektronik xpe plak?. Tu la UMNO, bila kena pada batang tubuh sendiri mula la meracau tak tentu hala. Aku lempang la jugak toyo; sekor ni.