MCA menolak dakwaan kononnya ia tidak bersetuju dengan pemilihan Mohd. Azahar Ibrahim sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang pada 30 Januari ini.
Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, hari ini, berkata, sejajar dengan semangat BN, parti itu menerima apa saja keputusan yang dibuat, dedah Bernama, 20 Januari lalu.
"Kami menghormati pilihan UMNO. Apabila kami (MCA) buat keputusan, UMNO dan parti komponen BN lain juga menerimanya. Itulah caranya untuk kami pastikan BN sentiasa kuat dan bekerja sebagai satu pasukan. Kami tidak berbalah secara terbuka tentang pemilihan calon,” katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah kuil Buddha Siam di Jalan Guan Peng di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan