KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Januari 19, 2011

PAS Batu cabar SPR umumkan tarikh PRK Dun Pelabuhan Klang segera!

PAS Kawasan Batu mencabar SPR menyambut baik pengosongan kerusi Dun Pelabuhan Klang oleh Speaker Dun Selangor petang tadi dengan menetapkan tarikh bagi penamaan calon dan hari mengundi. Dalam satu kenyataan ringkas Yang Dipertuanya, Ishak Surin, kepada Sanggahtoksago.Com sebentar tadi, mahu badan bebas kerajaan itu bersikap adil dan telus.

Beliau bimbang, kes yang melanda Dun Si Puteh, Kedah menjadi rujukan SPR bagi mengelak daripada mengadakan PRK. Dalam kes tersebut, SPR terus berdolak-dalik dan berhujah bodoh, sehingga kuasa Speaker tidak laku malah tidak diiktiraf oleh badan yang dibayangi Umno-BN itu.

Ishak menegaskan, SPR sama seperti Umno-BN memakai dua peraturan dan dua undang-undang. Jika ianya menguntungkan BN, maka undang dan peraturan itu digukapakai. Jika sebaliknya, maka ia dibakul sampahkan. 

Tegasnya, ini dibuktikan dengan kuasa Speaker Dun Perak, V Sivakumar yang tidak diiktiraf oleh SPR, sebaliknya SPR menjadi hakim menyiasat, iaitu tugasan yang bercanggah dari fungsi badan itu. Begitu bjuga di Kedah dan apa yang terjadi di Dewan Rakyat baru-baru ini, sewaktu menggnatung Ketua Pembangkang dan tiga MP Pakatan Rakyat yang lain.

Tiada ulasan: