KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 13, 2011

Pemuda PAS anjur Forum "Janji 100 PR" di Chinese Assembly Hall KL 18 Januari

Dewan Pemuda PAS Malaysia telah merancang untuk menganjurkan Forum "Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat" antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat pada 18 Januari 2011 di Chinese Assembly Hall KL pada jam 9.30 malam.

Sehingga kini pihak Dewan Pemuda PAS belum mendapat kesanggupan dari pihak UMNO dan BN. Kata Ketuanya, Ustaz Nasruddin Hassan, beliau berharap Khairy Jamaludin yang kini beria-ia mahu mendebatkan "Janji 100 Hari Pakatan Rakyat" sanggup menjadi panel forum tersebut. Adapun Anwar Ibrahim, biarlah ia berdepan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Insya-Allah, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menghantar surat rasmi kepada beliau esok. Pihak kami sangat memerlukan pandangan dari pihak UMNO dan BN terhadap "Janji 100 Hari Pakatan Rakyat" apabila menerima mandat sebagai kerajaan kelak,:" tegasnya kepada media.

Jelas Ustaz Nasruddin lagi, forum ini bertujuan mencari kebenaran bukan mencari publisiti murahan jauh sekali untuk bertegang urat. Sebaliknya ia adalah medium yang disediakan oleh Dewan Pemuda PAS untuk mengemukakan hujah dan idea yang bernas serta ruang kritikan atau pandangan kedua terhadap "Janji 100 Hari Pakatan Rakyat". Ia terbuka kepada orang ramai.

Tiada ulasan: