KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 20, 2011

Pilihan Raya Kecil Merlimau: Melaka pula jadi "gelanggang" pengaruh BN-Pakatan Rakyat

Kini, Kabinet 1Malaysia pimpinan Najib Tun Razak terus diuji. Satu lagi negeri yang dianggap kubu kuat Umno, Melaka terpaksa berdepan pilihan raya kecil. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung. 

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada media selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh 10 hari untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang kosong setelah kematian penyandangnya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah menerima surat rasmi dari Speaker DUN Melaka memaklumkan kekosongan itu, tetapi SPR mempunyai tempoh sehingga 30 Januari untuk menetapkan tarikh pilihan raya tersebut. Giliran Ali Rustam "berkuntau" mempertahankan gelaran negeri "kubu kuat" Umno.- AL-FATIHAH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tok Ali pernah berkata hanya Allah saja yang boleh menenggelamkan umno.
Betul tu bila tiba masanya.

Tanpa Nama berkata...

bila berkempen katakan pd pengundi cuba tukar kepimpinan kerana masa utk p/raya umum tidak lama lagi..maka beri peluang tukar tampuk jika tak suka tukar balik kepimpinan..yg untung penduduk dan pengundi kerana banyak faedah akan turun ($)& projek utk p/raya kecil dan p/raya umum...(tambat hati)...tok ali gerenti demam