KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 20, 2011

Hadapi blogger PEMFITNAH pro-Umno: Seru adakan solat hajat, dedah indentiti mereka setiap hari di alam siber

Koordinator Majlis Makan Malam Blogger bersama Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 15 Januari lalu, Tarmizi Mohd Jam menyeru semua ahli-ahli PAS, dan umat Islam dalam Pakatan Rakyat mengadakan solat hajat bagi dijauhkan daripada sebarang fitnah jahat para blogger PEMFITNAH pro-Umno yang bergentayangan di alam siber.

Seorang blogger PEMFITNAH pro-Umn, PAPAGOMO, antaranya kini sedang ligat memutarkan fitnah kononnya pertemuan blogger bersama Tuan Guru Nik Aziz Sabtu lalu, setiap blogger diberi RM500, laptop, broadband dan telefon mudah alih jenama Blackberry.

Terkini facebooker bernama "Suara Dari Bumi" yang terkenal dengan FITNAH JAHAT KEJAM nya memaparkan fitnah dengan mendakwa dalam facebooknya: "Normala tinggalkan suami lama, kejar Maarof kaya. DIA ada skandar sebelum kahwin.Ingat pas ingat zina. Ingat pas ingat maksiat".

Inilah taktik yang sama berulang-ulang dilakukan kepada semua calon-calon Pakatan Rakyat sebelum ini. Calon PAS di Galas dituduh berzina dengan ibunya sendiri, sebelum itu hangat ADUN PAS Selingsing dituduh berzina dalam gerabak keretapi. Semasa Pilihan Raya kecil Hulu Selangor Zaid Ibrahim dijatuhkan dengan isu arak.

Apabila melihatkan bahawa fitnah zina sebagai peluru yang cukup ampuh bagi para blogger dan facebooker di dalam menjatuhkan calon Pakatan Rakyat, kali ini, sekali lagi isu zina digunakan untuk menjatuhkan Puan Normala Sudirman, calon PAS DUN Tenang. Di bawah ini bukti Facebooker upahan sudah mula mencipta isu zina untuk menjatuhkan Calon PAS DUN Tenang [Facebook].

Mengulas lanjut, Tarmizi yang juga Setiausaha Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat berkata, semua blogger pro Pakatan Rakyat diseru melancarkan kempen alam siber mendedahkan laman dan blogger PEMFITNAH pro-Umno secara besar-besaran dan berterusan setiap hari. Ia bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan persepsi dan minda di kalangan pembaca blog dan pengunjung alam siber.

"Blogger PEMFITNAH pro-Umno ini, diyakini bukan dari kalangan orang terdidik agama. Sebab itu tak takut langsung dengan fitnah. Tak ada pertimbangan dosa pahala. Mereka memang berani memfitnah. Seolah-olah tiada hari pembalasan untuk membicarakan apa yang mereka lakukan di atas muka bumi ini semasa hayat," tegas Tarmizi.

Beliau bagaimanapun, menghormati pandangan  yang berbeza dengan para blogger Umno yang tulen, berhujah dengan fakta dan bukti, serta menghormati hak demokrasi di negara ini. Tetapi, blogger PEMFITNAH yang saban hari mengada-ngadakan cerita patut dibanteras, dihukum dan dinyahkan dari alam siber. 

Tarmizi menyeru semua cawangan PAS, dewan-dewan, kawasan menganjurkan solat hajat ini, kerana ia  lanjutan Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati Shah Alam baru-baru ini, agar negara diselamatkan dari kekacauan dan fitnah dahsyat para blogger PEMFITNAH pro-Umno ini.

Pada 15 Januari lalu, Kerajaan Kelantan telah menganjurkan majlis ramah-mesra dengan para blogger dan facebooker di Hotel Grand Seasons. Lebih 200 blogger pro Pakatan Rakyat hadir dan mereka benar-benar berpuashati dengan keraian yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan negeri. Hampir semua Exco hadir termasuk Timbalan Menteri Besar dan Sepaker Dun.

14 ulasan:

marauhirang berkata...

salam..
Baru nak ingat bantuan blogger..
Dulu waktu Aduka taruna kena belasah..pemimpin buat dek je...adat blogger..waktu sukar minta bantuan.

pria malaya berkata...

salam tuan..insyaAllah, seharusnya blogger pro-PR akan terus membantu mendedahkan kejahatan blog2 seperti papa gomo dan rakan2nya..

utk pengetahuan tuan, sy ada mengulas isu ini beserta gambar di dalam blog sy..

- AMARAN: Fitnah BERZINA terhadap calon PAS, Cikgu Normala Sudirman oleh penyokong Umno!!
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2011/01/amaran-lagi-fitnah-berzina-terhadap.html

p/s: mohon pihak tuan dapat senaikan blog sy dalam senarai bloglist tuan..blog tuan telahpun diletakkan di dalam blog sy..terima kasih..

Tarmizi Mohd Jam berkata...

Terima kasih kepada semua rakan blogger. menulis kerana kebenaran bukan atas kepentingan. Ingatan Tok Guru Nik Aziz dalam pertemuan blogger, agar menulis yag hak kerana Allah mengetahui apa yagng kita lakukan, dan akhirat ada hari pembalasannya. tq bro

Tanpa Nama berkata...

Salam bro,
aku rasa ini lah adat politik..blogger pas pun apa kurang fitnahnya.. aku pernah nmpak gambar superimpose DS Najib berpakaian sami hindu...dan ramai org2 yg buta IT percaya dgn gambar tu..sampaikan blogger pro umno mencari gambar sebenar untuk memperbetulkan keadaan.. so, Tak dosa ke tuduh org islam murtad??

Tanpa Nama berkata...

Geeliiiii aku baca psl artikel ni..nak tuduh bloger pro Umno jer yg kononnya tabur fitnah..Aloo, nk tulis pun biar adil laa..pembaca bukan bodo, x tau nk nilai saper yg lebih kuat fitnah..terutamanya lidah rasmi HaraMkah korg tue..!!

Puak2 Hipokrit..X takut ke apa yg korg doakan dlm sembahyang hajat tu berbalik atas batang tubuh korg !!!

-TimBang-

Tanpa Nama berkata...

hARAKah.........kah3 bodo punya parti pas.......nyesal aku sokong & undi ko lagi........bodo aku kalau undi ko lagi........sial punya..........hamPAS........tumPAS.....kaki kiPAS.....

Tanpa Nama berkata...

AdaMata
Salam. Maaf saudara, politik puak kalian lagi hina. Sedari kecil hingga dewasa saya membaca Harakah. Kebanyakannya penuh dgn fitnah. Kini laman web yg menyokong puak kalian juga penuh dgn fitnah. Saya bukan pro UMNO secara taksub, malah UMNO memang byk kelemahan. Tapi buat masa ini BN adalah pilihan terbaik. PKR buat ketika ini bukan alternatif terbaik. Dulu ada juga sedikit simpati buat PAS, tapi sejak kalian bersekongkol dgn DAP, apa yg saya boleh katakan adalah.... BYE BYE BUAT PAS. Salam.

Panglima Harimau berkata...

MUNAFIK..!!
MUNAFIK..!!
Tengok link dibawah..
Itu bukan fitnah ker..??
Nak aku tunjuk lagi ker..??

http://www.pejuang-maya.com/2010/09/pas-kecoh-satu-malaya.html

cikguleepk berkata...

kah kah kah harakah lagi fitnah....Fitnah Umno halal, Fitnah Pas Haram kah kah kah

PASberg Untuk Maksiat berkata...

Ingat kata laluan ini....

"Ingat PASberg, Ingat Maksiat"

Atau...

" Skandal Makrof, Normala Mungkar"

Pasberg pasti akan disemadikan dalam keadaan tidak tenang di DUN Tenang..

Tanpa Nama berkata...

Baru rasa pedih ke?? Bloggers PAS siang malam fitnah Najib Razak atas telunjuk Al-Juburi.. kome tak sedor!
Sedar ler hakikat PASberg sekadar penumpang kepada PKencingRakyat dan Dapig.

Tanpa Nama berkata...

PAS kan agen fitnah! PAS Parti Penyubur Fitnah!

Tanpa Nama berkata...

SALAM

Kah... Kah... Kah!!!

Nak SOLAT HAJAT, BONGKAR FITNAH KONON!!

Kah... Kah ... Kah..!!!

Haik tuihhhh!!!!

Reformasi98 berkata...

Salam Tuan blogger. Sebelum membetulkan orang betulkan orang2 dalam tuan dulu. Saya dah lama bersama parti sanjungan tuan sejak zaman reformasi. Tapi apa kebaikan yang parti sanjungan tuan buat hingga sekarang. Ape yang pasti segala benda yang haram, salah, fitnah, jumud, salah laku yang ada pada parti yang telah saya tinggalkan dulu, sekarang semakin subur dalam parti sanjungan tuan yang saya pernah berada didalamnya selama 10 tahun sejak 1999. Parti sanjungan tuan ni pun telah saya tinggalkan kerana pandangan saya parti ini lebih kuah dari sudu, kata orang dia lagi lebih. Kalu UMNO telah melakukan banyak perubahan, PAS pula reform ke arah benda yang cuba ditinggalkan oleh UMNO.
Akhir sekali, cubalah berubah, kalu tak berubah kearah yang lebih baik sekurang2nya baliklah kepangkal jalan. Dibawah adalah beberapa perubahan yang telah PAS lakukan semenjak sebelum saya menyertainya hinggalah selepas saya tinggalkan:
1. Perempuan tak boleh jadi pemimpin, sekarang boleh
2 Suara perempuan aurat, sekarang tak de hal
3. Berkawan dengan kafir haram sekarang boleh
4. Berjuang kerana Allah, sekarang berjuang untuk karpal boleh
5. Lesen arak kerajaan BN haram, lesen arak kerajaan PAS halal
6. Pemimpin UMNO tayang kereta besar, sekarang PAS pun boleh
7. Segala jenis muzik menghayalkan haram, muzik wali band halal
8. Konsert2 rock bercampur lelaki perempuan tahun 90an haram, konsert wali band bercampur lelaki perempuan digalakkan.
9. Pakaian pemimpin UMNO menyamai pakaian yahudi (baju Kot), tengok sekarang berapa ramai pemimpin PAS pakai...
adabanyak lagi siapa sanggup boleh tolonglah sambung............