KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 20, 2011

Rasuah "seteru" Noh Omar di Selangor: Peguam Negara "gam" mulut, blog dan sms Khir Toyo?

Alasan Mohd Khir Toyo, bekas MB Selangor agak relevan. Beliau mematuhi undang-undang dengan mengutara arahan Peguam Negara walaupun ketika melakukan perkara yang dijadikan kes beliau tak ikut "undang-undang". Khir nampak jujur. Tetapi dia sedar kini beliau dijadikan eksperimen Umno-BN bagi mengukuhkan persepsi rakyat terhadap ketelusan parti pemerintah itu.

Dr Mohd Khir Toyo enggan menjawab sebarang dakwaan mengenai dakwaan pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi Menteri Besar Selangor sebelum ini, lapor Malaysiakini.

"Saya telah diarah oleh AG (peguam negara) untuk diam (berhubung dakwaan itu)," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini hari ini. Sekadar itu. Walaupun SMS digunakan tetapi hanya untuk memberitahu hal itu sahaja. SMS, blog dan mulut buat masa ini seolah-olah telah "digam" oleh Peguam negara.

Semalam, setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin mendakwa beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke Dr Khir didakwa menerima projek lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN. Pendedahan mengejutkan itu melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Tiada ulasan: