KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Januari 11, 2011

Pinda undang-undang negeri: Selangor tolak pendekatan kesan retrospektif

Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari telah menasihatkan Kerajaan Selangor agar tidak meminda perlembagaan dengan mengunakan pendekatan kesan retrospektif iaitu menguatkuasannya sebelum pelantikan Khusrin Munawi. Kata sumber, pakar itu berpandangan bahawa jika pendekatan itu digunakan pindaan perlembagaan akan dilihat bertujuan memenuhi kepentingan peribadi atau agenda politik.

Katanya, Selangor juga mempertimbangkan opsyen untuk meminda undang-undang bagi mendefinisikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai suruhanjaya perkhidmatan negeri. "Ini hanya memerlukan majoriti mudah," katanya.

Putrajaya menekankan bahawa terma "Suruhanjaya Perkhidmatan sewajarnya" yang digariskan di bawah Seksyen 52(1) Undang-undang Tubuh Negeri merujuk kepada SPA, bukannya Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri. Selangor berhadapan dengan krisis perlembagaan ekoran pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 27 Disember lalu.

Bagaimana pun, kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim menolak pelantikan Khusrin yang sebelum ini merupakan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Satu sumber memberitahu bahawa pindaan ke atas Seksyen 52(1) akan mencerminkan peruntukan sebelum pindaan perlembagaan negeri 1993, lapor The Malaysian Insider.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pihak berkepentingan harus berbuat seumpama menarik rambut dalam tepung, yakni, rambut tidak terputus dan tepung tidak berserakan.

Malah lebih penting dari itu, jangan nampak seolah-olah tindakan yang bakal diambil sekadar untuk menampal kelompongan yang terdapat pada diri sendiri.

He He