KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Januari 21, 2011

PRU-13: Perantau mahu lebih banyak muka baru jadi calon PAS di Terengganu

Tidak mustahil rakyat Terengganu akan mengangkat semula PAS membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 kerana rakyat telah biasa diperintah oleh kedua-dua pihak sama ada PAS atau Umno-BN sebelum ini. Setiausaha Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau), Suhaimi Embong yakin rakyat Terengganu perlu bijak memilih dan menilai prestasi sesebuah kerajaan. 

Katanya kepada Harakah, slogan "PAS ganti Umno", tidak memadai untuk membuatkan rakyat berubah memilih PAS, sebaliknya PAS atau Pakatan Rakyat perlu menampilkan calon-calon muka baru yang boleh diterima oleh pengundi bagi mendapatkan kepercayaan untuk memerintah Terengganu.

"Kegagalan Umno-BN mengatasi masalah kemiskinan rakyat dan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda seperti yang dijanjikan sebelum ini menyebabkan mereka terasa sama ada PAS atau Umno (BN) yang memerintah Terengganu keadaan tidak banyak berubah. Pembaziran dana rakyat seperti penganjuran Monsoon Cup dan lain-lain menyebabkan banyak program-program kebajikan diketepikan," katanya kepada Sanggahtoksago.Com petang tadi sejurus selepas usai Pertemuan 30 Blogger PAS di Kolej Islam Zulkifli Ahmad (KUIZM), Taman Melewar.

Tiada ulasan: