KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Januari 21, 2011

Pemuda PAS Wilayah kesal tindakan Ronie Liu tarik balik larangan bekerja di premis arak

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyokong pandangan Dato’ Dr Hassan Ali yang mahukan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menguatkasakan larangan umat Islam bekerja di premis menjual arak. Menurut Naib Ketuanya, sebelum ini, MPSJ telah menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras namun arahan itu telah ditarik balik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu.

"Dalam hal ini, Pemuda PAS merasa kagum terhadap Dr Hassan Ali yang bertegas dengan prinsip Islam. Hukum Islam telah jelas menyatakan haram bagi umat Islam bekerja di premis yang menyediakan minuman keras apatah lagi meminumnya. Tindakan beliau dengan jelas membuktikan PAS tidak pernah menggadaikan prinsip dan maruahnya meskpiun bersahabat dengan pelbagai parti politik," tegasnya kepada Sanggahtoksago.Com.

Jelas Suhaimi lagi, dasar PAS yang berjuang untuk Islam sejak dahulu hingga kini tidak pernah berubah walaupun bermacam halangan yang melanda. Ini juga membuktikan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat jauh bezanya dengan UMNO dan BN.  

Beliau menyokong dan mengucapkan tahniah kepada MPSJ kerana mahu melaksanakan larangan ini dan penguatkuasaan ini akan mampu mengelakkan umat Islam terjebak dengan maksiat dan dosa kerana bergelumang dengan perkara-perkara yang haram. Perkara-perkara haram sebeginilah yang menyebabkan kurangnya keberkatan kepada rezeki yang diperolehi sehingga melahirkan generasi yang rosak akhlak dan akidah, ujarnya.

Suhaimi turut mengharapkan agar Ronnie Liu melaksanakan segera peraturan mengharamkan umat Islam bekerja di premis jualan minuman keras demi kemaslahatan umat Islam. "Umat Islam di Selangor khususnya terlalu lama menginginkan kehidupan yang diberkati, jauh daripada dosa dan perkara-perkara yang haram," tegas beliau.

Tiada ulasan: