KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Januari 21, 2011

Seramai 30 Blogger PAS diberi taklimat hadapi PRU-13 oleh dua Naib Presidennya

Seramai 30 Blogger PAS dari seluruh negara hadir dalam satu pertemuan dengan dua Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Dato' Mahfuz Omar jam 3 petang di Kolej Islam Zulkifli Muhamad atau KUIZM, dekat Taman Melewar.

Pertemuan yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat itu bertujuan mengerakkan kumpulan blogger PAS yang tegar, efisyen dan pantas dalam menerangkan dasar-dasar parti serta bijak menjawab balik tuduhan dan tohmahan musuh-musuh terhadap PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad bertindak sebagai moderator pertemuan tersebut yang antaranya dihadiri oleh Blogger CinaIslam, Sanggahtoksago dan ramai lagi. Majlis berakhir kira-kira jam 5 petang dengan beberapa resolusi yang perlu diambil tindakan segera.

Ia sebagai persediaan dan persiapan PAS menghadapi pilihan raya umum (PRU-13) yang dijangka seawal-awalnya pada bulan Jun ini. Salahuddin, Mahfuz dan Ustaz Idris berharap, kumpulan blogger PAS ini mampu memainkan  peranan yang cekap dalam memasarkan idea dan pandangan PAS serta menangkis serangan pihak Umno-BN sepanjang masa.

1 ulasan:

AnaQarbana berkata...

Cuba kita tengok di sini betapa kuatnya pengaruh Internet kepada rakyat sesebuah Negara : Kebangkitan rakyat telah digerakkan melalui internet, Facebook,Blog dan laman web social yang lain sehinggakan ada remaja Tunisia yang bekerja di Paris, Mohamed Ben Hazouz, jurutera software pulang untuk menyertai demonstrasi apabila mendapat maklumat dari Facebook dan Blog. Menyebabkan Presiden Tunisia Zine el-Abidine Ben Ali (ejaan Melayu Zainal Abidin bin Ali) telah digulingkan melalui kebangkitan rakyat dan dengan kekuatan media alternatif [Internet]

Bila lagi UMNO nak mengadakan perjumpaan ataupun taklimat dengan blogger pro kerajaan...PAS dan, PKR dah...DAP dah......
UMNO mungkin tidak kerana UMNO beranggapan, umno dan kerajaan bn tidak akan terjejas dengan serangan media alternatif..Ini pendapat sebahagian besar ahli UMNO, tokoh-tokoh di peringkat Cawangan, Bahagian, Negeri dan Pusat..
UMNO kata, berapa kerat sangat pengundi ada komputer, ada capaian internet...berapa kerat sangat rakyat tahu mengendalikan capaian internet..UMNO lupa, Melayu UMNO memang mudah lupa, telah lupa...berapa ramai pengundi muda yang akan mengundi dalam PRU ke-13 nanti...mereka ini semuanya celik IT, yang melepak di Cyber Cafe, Internetb Cafe, yang membimbit Netbook, Laptop ke sana kemari mencari kawan wifi-free melihat perkembangan negar melalui blog pro pembangkang.....UMNO Melayu, pemimpin UMNO tahu..buat-buat tak tahu...pandang remeh...ambil mudah......bukankah keputusan PRU ke-12 lalu yang menyebabkan UMNO/BN hampir pupus di bumi Malaysia kerana penangan Internet......kot..kot hanya a yang ada dalam UMNO shaja kot yang jahil mengenai internet, pasai tulah depa tak nampak benda ni semua...al maklumlah...semua ketua-ketua Cawangan yang ada ibarat, rumah kata P...kubur panggil..mailahhhhhhhh.....
Inilah wajah dan rupa UMNO pada alaf globalisasi......yang banyak di kuasai oleh parti pembangkang...lihat UMNO...di peringkat Ibu Pejabat...mana email. Mana ada aduan online.....yang ada hanya umnoonline sekadar cincai.....cuba kita pergi ke website pembangkang...kita boleh berinteraksi terus dengan pemimpin meraka sama ada di peringkat cawangan, bahagian apatah lagi di peringkat Negeri dan Pusat.......meraka gunakan twitter...hanya tok jik sorang sahaja ada twitter...lain-lain takut.....ketua bahagian jangan sebutlah...semua tak ada teloq.....