KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 22, 2011

Rais Yatim balas budi: Bela Rosmah kononnya lawatan ke luar negara ikut peraturan


Banyak pihak mempersoalkannya. Lawatan memanglah lawatan. Tetapi apa tujuannya? Menghabiskan duit rakyat? Dengan pembiayaan yang mewah sedangkan rakyat disuruh ikat perut dan tidak boros. Apakah faedahnya Rosmah Mansor melawat ke sana-sini? Rakyat ditekan dengan kenaikan harga barangan, subsidi ditarik tetapi dalam  masa yang sama para pemimpin negara "membazirkan" duit untuk siapa?

Ini menyebabkan pemimpin Umno-BN panas punggung. Jawab boleh jawab. Alasan macam-macam boleh direka. Soalnya kenapa dan mengapa? Duit rakyat ditumpaskan begitu sahaja? melancong atau apa? Apa kata menteri kontroversi yang dituduh "merogol" baru-baru ini berkenaan isu ini.

Pihak yang mengkiritik lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara tidak faham dengan peraturan yang telah diperuntukan oleh kerajaan. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, lawatan isteri Perdana Menteri itu ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh baru-baru ini dibenarkan mengikut Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet.

Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, seseorang isteri anggota pentadbiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan.

Lapor Bernama, Rais berkata, demikian bagi membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan lawatan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diketuai oleh isteri Perdana Menteri ke tiga buah negara itu.

"Teguran ini bangkit dari rasa politik jahat yang pada akhir-akhir ini dengan apa yang dibuat oleh kerajaan dibangkang dan pembangkang gemar memperli, memperkecilkan dan memfitnah orang-orang yang berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tiada ulasan: