Jumlah Paparan Halaman

Khamis, Januari 20, 2011

Rosmah bakal jejaki isteri Presiden Tunisia: Bawa lari 1.5 tan jongkong emas setelah rakyat bangkit!



Ada yang meletakkan kejatuhan Presiden Tunisia yang dijatuhkan di sebabkan oleh beliau terlalu mengikut nafsu serakah isterinya yang gilakan kemewahan, gila kereta laju, gilakan pakaian dari fesyen yang terkini dan ada yang menggelarkannya sebagai Imelda Marcos versi Arab. Berita terkini melaporkan bahawa isterinya telah melarikan diri selepas kejatuhan kerajaan suaminya dengan membawa sebanyak 1.5 tan jongkong emas untuk menampung kehidupannya yang mewah.

Ada juga yang melihat situasi ini sebagai peringatan kepada Perdana Menteri kita Najib Razak yang sejak akhir-akhir ini isterinya Rosmah Mansor dilihat amat ligat sekali melakukan semua tugasan menteri. Antara tugasan menteri yang telah diambil alihnya adalah seperti Menteri Pelajaran, Menteri Perdagangan dan Menteri Pelancongan.

Patutlah ramai lihat Mustapa Mohamed yang sepatutnya  lebih memberikan perhatian kepada ekonomi negara sejak akhir-akhir ini hanya lebih menumpukan perhatiannya kepada ekonomi negeri Kelantan sehingga ditegur oleh kepimpinan PAS agar beliau berhenti kacau negeri Kelantan dan buat kerjanya sendiri.

Tidak boleh kita persalahkan Mustapa Mohamed apabila dia mula mengacau negeri Kelantan tempat kelahirannya kerana itu merupakan reaksi spontan orang yang kerjanya telah diambil alih, lebih-lebih lagi kerja itu diambil alih oleh isteri perdana menteri sendiri. Perdana Menteri kita tidak perlu merasa khuatir samada Rosmah ada mempunyai ciri-ciri seperti Imelda Marcos atau tidak kerana nampaknya Rosmah lebih mempunyai ciri-ciri pemimpin bercita-cita tinggi yang berusaha kuat untuk negaranya.

0 ulasan: