Sanggahtoksago.Com menerima banyak emel dan SMS agar para penyokong Pakatan Rakyat juga mengadakan demontrasi setiap hari mendesak bekas MB Selangor, Khir Toyo mengosongkan kerusinya di Dun Sg. Panjang sebagai mengambil tanggungjawab terhadap kes yang dihadapinya.
SMS dan emel ini dipercayai respons kepada tunjuk perasaan juak-juak Umno yang memakai baju NGO Perkasa dan GAPS di depan Pejabat Khidmat Adun Sri Muda. Kumpulan pro-Umno ini mahu YB Suhaimi meletakkan jawatan Adun Sri Muda kerana kononya dakwa mereka beliau telah "derhaka" dengan Tuanku Sultan Selangor.
Berdasarkan jiwa Khir Toyo yang "keras" tetapi berwajah lembut, terdapat kemungkinan tokoh Umno Selangor yang sudah dipinggirkan itu, akan bertindak meletakkan jawatan bagi membolehkan PRK berlangsung di Dun Sg Panjang. Namun, kata satu SMS, jika tidak didesak dan diasak, Khir mungkin tidak terfikir untuk berbuat demikian.
1 ulasan:
Ada beranikah kosongkan kerusi?
Tok ketua dia pun debat tak berani.
Catat Ulasan