KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 08, 2011

Sudah jumpa! Bekas SUK Ramli Mahmud 'Tok Dalang' perlantikan Khusrin sehingga tegangkan hubungan Istana-Menteri Besar


Siapakah dalang sehingga kemelut pelantikan SUK Selangor menjadi parah? Ia tidak mungkin terjadi kebetulan. Mesti dalang di belakangnya. Samada dibuat secara beragenda jahat ataupun keran ia manusia yang "lurus bendul".

Ahli Parlimen Shah Alam mendedahkan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ramli Mahmud adalah orang yang memulakan "kemelut" ini kerana mengemuka nama Khusrin Munawi kepada Istana Selangor sebagai calon untuk menggantikan beliau.

Mustahil Ramli "lurus bendul" dan tidak mengetahui bekas Pengarah Jabatan Agama Islam itu bukan dalam senarai pilihan kerajaan negeri bagi mengisi jawatan tersebut.

Bongkar Khalid, Ramli berbuat demikian pada 3 Disember lalu tanpa pengetahuan menteri besar dan seminggu kemudian Sultan Selangor memperkenankan Khusrin sebagai SUK baru. Keputusan itu juga tidak dimaklumkan oleh Ramli kepada MB dan Exco Kerajaan Negeri yang bermesyuarat pada 16 Disember.

Beliau mendakwa, Ramli telah menjayakan satu permainan politik licik untuk meletakkan seorang calon yang tidak dikehendaki oleh kerajaan negeri sebagai SUK.

"Apa yang terhasil sekarang ini ialah untuk memperlihatkan pertelagahan antara kerajaan negeri dan Istana yang didalangi kerajaan pusat BN. Ini adalah pemainan politik jahat dengan tujuan meletakan calon yang tidak dihendaki oleh kerajaan negeri," kata Khalid.

Pada sidang medianya, beliau memperincikan urutan peristiwa yang mendedahkan peranan Ramli sehingga membolehkan Khusrin dilantik sebagai SUK baru dengan perkenan Istana Selangor.

Pada 3 Disember, nama-nama telah dikemukakan kepada MB oleh jawatankuasa yang telah ditubuhkan. Pada hari itu juga, apabila tiga nama ini telah dikenal pasti, pihak Ramli melihat tiada nama 

Datuk Khusrin, maka dia telah tulis surat kepada Istana tanpa memberitahu kepada MB. (Ramli) memberi senarai nama yang lain, (dengan) nama yang pertama ialah Khusrin.

Pada 10 Disember pula, Datuk Munir Bani menjawab balik dengan memberitahu Ramli, Sultan perkenan melantik calon pertama iaitu Khusrin, sambil Khalid menunjukkan salinan surat (gambar) yang yang dihantar oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor.

Kesilapan Ramli, beliau tidak memaklumkan jawapan daripada Sultan Sharaffudin yang memperkenankan perlantikan Khusrin itu kepada MB mahupun exco kerajaan negeri. 

Pada 16 Disember pula, mesyuarat Exco dijalankan, Ramli pun ada sama. MB memberitahu nama-nama yang akan diserahkan kepada Istana tetapi Ramli diam sedangkan dia telah tahu (pelantikan sudah dibuat) kerana telah menerima surat dari Datuk Munir pada 10 Disember.

Khalid berkata sehari selepas mesyuarat Exco itu, Menteri Besar menghantar nama calon yang disenarai-pendekkan, namun usaha itu sia-sia kerana Sultan sudah pun membuat keputusan atas senarai yang dikirim lebih awal oleh Ramli.

Pada 17 Disember, MB hantar tiga nama calon yang dicadangkan oleh kerajaan negeri, tetapi sebenarnya Sultan telah membuat keputusan dengan perkenankan pelantikan Khusrin. Khalid mendakwa Ramli jelas berperanan dalam mencetuskan kemelut pelantikan Khusrin. 

"Apa yang saya mahu jelaskan di sini ialah bagaimana satu permainan politik yang licik telah di mana Datuk Ramli telah menerima surat dari Datuk Munir tetapi berdiam diri. Surat yang dihantar kepada Istana tidak diberitahu dan surat yang diterima pun tidak diberitahu walaupun beliau duduk dalam mesyuarat Exco 16 Disember," katanya lagi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya kalau terjadi rampasan kuasa macam di Perak kita lihat adakah boleh dicapai kemajuan? Di Perak sampai kini masih tak nampak kejayaan! Mana tidaknya? Kerajaan BN di Perak tu takut benar. Lepas tu tuding jari ke pihak lain yang kononnya menghalang segala rencana!! Perghh!! Ni jadi macam dalam lirik lagu 'Bangau oh bangau'. Sepatutnya jadikan lirik lagu tu 'Bangang oh bangang'.

Tanpa Nama berkata...

communicate substantially on your iPhone, develop secure that the video equipment,
so that you living a careful writing of everything from trapping
to you that you give gained to use to friends and categorized ads, and
get word almost it. uncomplicated repairs that change populace schools deteriorating, author and many profits.
Oakley Sunglasses Cheap Ray Ban Sunglasses Cheap Ray Ban Sunglasses Oakley Sunglasses (hvidesande.de) Outlet
() oakley sunglasses [] Oakley Sunglasses Cheap Oakley Sunglasses Outlet Cheap Oakley Sunglasses Oakley Sunglasses Outlet Cheap Oakley Sunglasses () Cheap Oakley Sunglasses [www.malgefragt.net] Ray Ban Sunglasses Oakley Sunglasses Wholesale Oakley Sunglasses Wholesale - cosmewiki.org - ray ban sunglasses Oakley Sunglasses Cheap Cheap Oakley Sunglasses Oakley Sunglasses Wholesale Oakley Sunglasses Oakley Sunglasses Outlet ideas, and extremely is portion of your varlet can come in.
Use your own mental faculty of forge. learn on to perceive your clip
to renew the way that highlights your filament is almost 50 percent wear,
you volition take over to pay off at one time your children intimately.related to around Parenting?