KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 18, 2008

Akhirnya PAS Wilayah BERJAYA Tawan Parlimen TITIWANGSA!

Bergambar bersama calon PAS Putrajaya, Haji Mohd Noor Mohd sementara menunggu ketibaan Tok Guru Nik Aziz di Dewan Persit 9, Putrajaya dalam kempen PRU 12 yang lalu.

By TARMIZI MOHD JAM


PAS Wilayah Persekutuan mencipta sejarah apabila berjaya merampas Parlimen Titiwangsa dari tangan BN yang dikuasainya sejak 50 tahun lalu dan meningkatkan undi yang ketara di Parlimen Putrajaya.

Kemenangan ini, telah melonjakkan nama PAS Wilayah sebagai pelopor gerakan Islam di ibukota.

Bagaimanapun, kekalahan hingga menyebabkan PAS hilang deposit di Perlimen Labuan, Sabah cukup memeranjatkan.

Pada pilihan raya lalu, AJK PAS Pusat, Dr. Lo Lo Datuk Hj. Ghazali menang di Titiwangsa mengalahkan calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Md Tahir.

Dr. Lo Lo mendapat 17,875 undi manakala Aziz Jamaluddin hanya meraih 15,885 undi dengan majoriti sebanyak 1,972 undi.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS, Hj. Mohamad Noor Mohd berjaya merapatkan undi dan mengeluarkan Putrajaya dari senarai kawasan hilang deposit buat pembangkang.

Beliau ditentang oleh penyandang kerusi itu, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Perlancongan.

Pada pilihan raya lalu, Tengku Adnan menang dengan majoriti 3,546 berbanding pilihan raya kali ini, hanya 2,734. Beliau mendapat 4,038 undi dan Hj. Mohamad Noor memungut 1,304 undi.

Bagi Parlimen Labuan, calon PAS Matusin Abdul Rahman gagal mempertahankan wang depositnya setelah munculnya calon bebas, Lau Seng Kiat yang mendapat undi 2,014 sementara Matusin hanya mengutip 1,106 undi.

Calon BN, Datuk Yusoff Mahal mendapat dokongan undi sebanyak 10,471 bagi membolehkan beliau menang di kerusi ini.

Tiga Pengarah Pilihan Raya bekerja keras untuk menggerakkan jentera dan mengatur strategik kempen iaitu Hedzer Ibrahim di Titiwangsa, Ustaz Nazir Zakaria di Putrajaya dan Mejar Abdul Rashid di Labuan.

Mereka dipantau terus oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Cikgu Ishak Surin yang bertindak cemerlang penggal ini bersama jawatankuasanya bagi mencipta sejarah baru PAS Wilayah dengan menangi satu kerusi di Titiwangsa.

Pada pilihan raya ini, PAS Wilayah hanya bertanding ditiga kerusi parlimen iiatu Titiwangsa, Putrajaya dan Labuan.


Tiada ulasan: