KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 18, 2008

JKKK Tidak DIANIAYA, Teruskan KHIDMAT Dibawah Kerajaan Baru!

By TARMIZI MOHD JAM

ALANGKAH malunya Ketua Kampung dan Jawatan Kuasa Kerja Kampung (JKKK) yang bertindak emosi, memunggah kerusi meja Dewan Orang Ramai semta-mata bersangka buruk, mereka akan dipecat oleh kerajaan baru, yang menggantikan BN di Kedah dan Perak.

Kedua-dua Menteri Besarnya, Ir. Nizar Jamaluddin dan Ustaz Azizan Abdul Razak meminta agar semua Ketua Kampung dan JKKK meneruskan manah itu sehingga tamat kontrak mereka.

Terbukti, Kerajaan Perak dan Kedah tidak mengambil tindakan drastik membuang mereka sebaliknya menggalkkan mereka meneruskan kerja-kerja tersebut untuk memaju dan membangunkan masyarakat.

Ir. Nazir dalam satu kenyataannya menyebut pihaknya tidak akan melakukan penganiayaan kepada mereka, berkhidmatlah sehingga tamat kontrak.

JKKK sebenarnya masih berfunsi dan Ir Nizar menasihatkan agar mereka jangan cemas dan panik dengan perbuahan kerajaan ini.

Beliau juga bersedia menerima mana-mana JKKK yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik, mahu berkhidmat di bawah kerajaan baru dan bersedia menerima dasar dan syaratnya.

Sehingga kini, katanya, tiada arahan dikeluarkan agar dikosongkan DOR, dan tiada siapa boleh memunggah perkakasan di dewan tersebut kerana ia adalah milik kerajaan dan rakyat!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..
Terlebih dahulu syukur Alhamdulillah kerana Perak di bawah payung pembangkang sekarang. saya ni anak jati Perak.
Ingin dinyatakan, bekalan air di kampung saya masih bergantung kepada air paip yg dibekalkan dari punca air sungai. Tiada bekalan air bersih. Sekarang umur saya sudah 31 tahun tapi di kampung masih seperti itu. Moga luahan saya ini didengari dan minta peruntukan dari kerajaan negeri untuk membekalkan air yang bersih kepada masyarakat kampung saya di Kampung Chepor, Lenggong, Perak.

Tanpa Nama berkata...

Selamt menjalankan tugas sebagai Mb perak kepada ir mohd nizar jamaludin. saya rakyat perak yang bertugas di sarawak amat terharu dan berbangga dengan pakatan kerajaan campuran pas, pkr dan dap di perak. semoga nizar dapat mendekati rakyat jelata dan menyelami masalah mereka tanpa mengira kaum dan agama. saya percaya dengan pengalaman luas beliau sebagai jurutera perunding dan kebolehan berkomunikasi dalam 4bahasa akan menyerlahkan ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.semoga prestasi cemerlang BR mentadbir perak akan memadamkan impian BN untuk kembali berkuasa 5 tahun lagi....