KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 04, 2008

MASA Cukup CEMBURU, Hingga Blog TIDAK BOLEH Diupdate!

Tarmizi (kanan) menyambut ketibaan Tok Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan sejurus naik ke pentas Dewan Serbaguna Persint 9, Putrajaya

Terus berkempen bagi calon Titiwangsa, Dr. Lo Lo Ghazali di Flat Sri Perlis, Datuk Keramat bersama mantan Pengetua Sek. Men. Hisyamuddin, KL, Cikgu Zainal Mokhtar

Dr. Lo Lo antara yang menjayakan Karnival PAS di Desa Rejang, Setapak dan sambutan masyarakat cukup luar biasa sekali!

Calon Dun Semenyih, Arutchelvan diapit rakan semarhaen, Cikgu Ishak Surin dan Tarmizi Mohd Jam sewaktu berkempen ziarah pengundi dari rumah ke rumah di Kg. Susapan Kelubi, Branang

By TARMIZI MOHD JAM

HARI Ahad dan semalam, Isnin - saya masih gagal nak postingkan sebarang komen dan berita ke blog ini. Bukan kerana tiada bahan, terlalu banyak catatan yang hendak dikongsikan bersama.

Petang Sabtu, kira-kira jam tiga, saya bersama Cikgu Ishak Surin, Haji Ismail Yahya (Bendahari JPN) dan Ibrahim Awang (Timbalan Pengarah Gerak Saraf PAS Wilayah) membantu calon PKR yang dipinjamkan dari PSM (Parti Sosialis Malaysia) di Dun Semenyih.

Calonnya, Arulchelvan @ Arul adalah rakan baik kami dalam perjuangan menuntut keadilan untuk rakyat marhaen. Kami menemaninya berkempen dari rumah ke rumah di Kg. Susapan Kelubi, Branang hingga jam 6.30 petang.

Malam itu, acara rutin saya berkempen membantu Dr. Lo' Lo' Datuk Ghazali di Flat Seri Perlis, Datuk Keramat. Saya penceramah terakhir sebelum Dr. Lo Lo mengambil tempatnya memperkenalkan diri dan mengembangkan misinya.

Ramai juga berceramah malam itu termasuklah mantan Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Cikgu Nordin MH Nor, mantan Pengerusi Masjid Al-Ikram Datuk Keramat, Cikgu Zainal Mokhtar, Pengarah Pilihan Raya PAS, Ishak Surin dan Ustaz Abdul Aziz, seorang pendakwah bebas.

Pagi Ahad, kami meraikan Karnival PAS di Desa Rejang. Terdapat kira-kira 7,000 pengundi di sini untuk didekati. Mereka mengundi di Titiwangsa. Dulunya, menghuni di Flat Pekeliling yang sekarang telah dirobohkan secara berperingkat-peringkat.

Sehingga jam 1.00 tengahari, pelbagai program dianjurkan termasuk rawatan kesihatan percuma, kaunseling, semakan daftar pemilih, sukaneka, perkenal calon dan edaran bahan kempen. Lebih 500 penghuni di sini hadir.

Jam 3 petang, saya bersama Cikgu Ishak Surin, Setiausaha JPN, Kamarul Arif Ambak, Bendahari JPN, Haji Yahya Ismail dan Setiausaha Eksekutif PAS Wilayah, meluru menuju Putrajaya.

Sementara menunggu Mursyidul Am PAS tiba, Dewan Serbaguna Persint 9 telah dipenuhi penyokong PAS. Dalam dewan dianggarkan 4,000 hadirin boleh mengisi ruang secara berdiri.

Namun menjelang jam 5 petang, jumlah hadirin di luar dewan melebihi angka di dalam dewan. Saya anggarkan tetamu petang itu, mencecah 10,000 orang untuk mendengar "Amanat Tok Guru Nik Aziz".

Tok Guru berucap kira-kira 20 minit. Kutipan derma jihad yang dilancarkan meraih hampir RM16,000. Ini suatu kejutan buat PAS Putrajaya dan Tok Guru pulang jam 7.00 malam.

Setelah kudapan dan solat Maghrib, kami bergegas pulang ke Kuala Lumpur. Singgah makan malam di Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dan kemudiannya saya terpaksa memenuhi permintaan Bilik Gerakan Kompleks Damai menyampaikan taklimat PACA.

Bermula jam 9.30 taklimat membedah satu persatu isu-isu berkaitan PACA. Larut hingga isu-isu baru yang dijangkakan, turut dibincang. Akhirnya tamat jam 12.30 tengah malam.

Jam 1.00 berikutnya, mesyuarat pilihanraya diteruskan bagi memantau program dalaman, keaktifan jentera dan membaca kelicikan lawan mengatur strategi. Tamat jam 3.00 pagi.

Blog ini masih belum dapat diupdate lagi. Pagi Isnin cuba merehatkan mata sebentar tetapi Cikgu Ishak Surin call, mempelawa untuk ke Ampang mengambil sejumlah vest JPN bagi diedarkan kepada petugas. Melalut hingga jam 2.30 tengahari.

Cuba untuk update blog pada petang hari tetapi gagal kerana mata sudah sukar dibuka-buka lagi. Akhirnya tewas, saya tertidur.

Malam tadi, saya diundang oleh calon PKR Batu, Sdra. Tian Chua (Ketua Penerangan PKR Pusat) untuk membantunya berkempen di kawasan Taman Desa Murni, Selayang.

Tepat jam 9.30 malam, saya memulakan ceramah. Saya menyangka, hanya 30 minit masa yang diberi. Lalu berceramah dengan gear lima. Rupa-rupanya, suara makin serak! Penceramah lain belum tiba-tiba lagi.

Hampir satu jam saya berkempen dan memekik di pentas ceramah itu. Di sebelahnya, betul-betul markaz BN. Bila saya mula mengeraskan suara, terjenguk-jenguk petugas BN di sebelah melihat siapakah penceramah PAS itu yang berani "membelasah" mereka.

Sesekali terdengar suara tertawa dari hadirin. Bila ada jenaka yang menyentuh hati. Tapi cukup seronok berceramah malam tadi kerana dari awal hingga akhir, hadirin memberi respon dan menjawab soalan-soalan "betul atau tidak?"

Sepatutnya saya berceramah dengan Tian Chua, William Leong (calon PKR Parlimen Selayang), wakil Hindraf dan calon PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Saya terpaksa pergi dulu, untuk bertemu Haji Suhaimi Abdul Rahman, Pengarah JPrK Batu bagi mendapat kepastian, penggunaan padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru untuk acara perdana kempen terakhir PAS Wilayah.
Kami bercadang untuk menghimpunkan semua calon PAS dan PKR di Wilayah berucap atas satu pentas, sebagai simbol perjuangan bersama untuk kepentingan rakyat!

Tiada ulasan: