Ka Ting menegaskan masej yang disampaikan oleh pengundi pada 8 Mac lalu adalah jelas dan sebagai parti yang bertanggungjawab, MCA amat sensitif kepada semua suara rakyat.
By TARMIZI MOHD JAM
TINDAKAN nekad dan berani Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting untuk tidak memegang jawatan dalam kabinet, sebenarnya "tamparan" maut terhadap Presiden Umno, anak Badawi yang baru melakarkan sejarah buruk buat BN di negara ini.
Hujahnya bernas. Sebagai mengambil tanggungjawab dan komitmen untuk meningkatkan prestasi partinya yang terbukti sudah goyah ditolak rakyat. Dia mahu kuatkan partinya.
Jadi menteri tidak penting. Yang lebih penting perkukuhkan semula MCA.
Ka Ting bukannya pemimpin yang tewas pada pilihan raya lalu, dia menang di Parlimen Kulai. Tapi tetap dia menolak untuk dilantik menjadi menteri dalam kabinet anak Badawi.
Beliau nampaknya lebih faham dari anak Badawi sendiri tentang "masej yang jelas" yang ditonjolkan oleh rakyat pada pilihan raya umum ke 12 minggu lalu.
"Sebagai Presiden MCA, saya mengambil keputusan menumpukan sepenuh masa saya untuk mengukuhkan semula MCA bagi mempastikan parti ini tetap relevan," tegas Ka Ting.
Beliau yang memenangi kerusi Kulai, Johor mengalahkan calon DAP, Ng Pak Siong dengan majoriti besar 11, 744 tetap bertekad untuk menguatkankan MCA supaya ia menjadi parti yang relevan di negara ini.
Berdasarkan kajian awal pihaknya, beliau amat memahami rasa tidak gembira pengundi mengenai beberap isu yang menyumbang kepada kekalahan ramai calon-calon BN dari MCA.
Ka Ting menegaskan masej yang disampaikan oleh pengundi pada 8 Mac lalu adalah jelas dan sebagai parti yang bertanggungjawab, MCA amat sensitif kepada semua suara rakyat.
Saya cukup terharu melihat kepekaan pemimpin seperti Ka Ting yang sedar dan mahu memperbaiki kesilapan itu.
Berbanding Umno yang sehingga kini, hanya Mukhriz Mahathir yang agak lantang menuntut agar anak Badawi mengambil tindakan drastik mengembalikan sokongan rakyat terhadap Umno dan BN.
Inilah kelainan politik Melayu Umno dengan Cina MCA dan Gerakan.
Pemangku Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon juga bersedia mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada muka-muka baru demi memperbaiki dan menambahnilai parti Gerakan yang menguasai 18 tahun negeri Pulau Pinang itu.
Apalah yang boleh diperbanding dan dikutip dari kekalahan teruk BN dalam pilihan raya ke 12 ini, melainkan melihat kayu ukur sensitiviti akuntibiliti pemimpin mengemudi parti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan