Kini, Shahidan mendakwa pula, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Seri Azmi Khalid sebagai "tok dalang" di belakang pencalonan Dr Isa Sabu.
By TARMIZI MOHD JAM
SHAHIDAN Kasim, Pengerusi BN Perlis yang dikatakan mendapat dokongan padu dari semua calon BN yang menjadi proksinya ternyata palsu dan auta.
Ia terbukti apabila isu perkenan Sultan terhadap MB baru, Datuk Md Isa Sabu menjelaskan sokongan padu itu hanya "mainan" calon-calon berkenaan bagi menjadapat tempat sebagai calon semata-mata.
Shahidan hanya mendapat empat undi dari Adun BN bagi membolehkannya duduk selesa di kerusi MB Perlis sedangkan Md Isa Sabu yang diperkenan Sultan, sebelum itu telah membolot lapan undi dari Adun Bn dan satu undi dari Adun PAS.
Ini bermakna, lapan Adun BN itu tidak menyokong "watikah" anak Badawi yang mahukan Shahidan menerajui Perlis sekali lagi buat penggal ini.
Adun-Adun BN yang menyokong "watikah" anak Badawi dan Shahidan untuk terus mewarnai politik Perlis ialah:
1. Khairi Hassan (Mata Ayer)
2. Mansor Jusoh (Chuping)
3. Abdullah Hassan (Sanglang)
4. Jafperi Othman (Guar Sanji)
Adun Bintong, Md Isa Sabu yang merupakan tokoh veteran dan kembali bertanding penggal ini nampaknya menghadapi "tsunami" dalaman Umno Perlis apabila berjaya memikat lapan Adun BN dan satu Adun PAS mengangkatnya sebagai Menteri Besar.
Adun-Adun BN dan PAS yang menyokong Dr Isa pula adalah seperti berikut:
1. Yip Sun Onn (Titi Tinggi)
2. Mat Rawi Kassim (Beseri)
3. Sabry Ahmad (Santan)
4. Dr Por Choo Chor (Indera Kayangan)
5. Abdul Jamil Saad (Sena)
6. Ahmad Bakri Ali (Kayang)
7. Mat Hassan (Kuala Perlis)
8. Datuk seri Syed Radzlan Putra Jamalullail (Pauh)
9. Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat)
Salah sifir Shahidan itu amat mengejutkan kron dan proksinya. Mereka tidak mneyangka sama sekali pengundian itu tidak memihak kepada Shahidan.
Berdasarkan didinya ditikam dari belakang oleh rakan-rakan Adun BN yang dianggapnya proksi kuat beliau, harapannya untuk menjadi pembangkang dalam Dun Perlis pastinya tidak tertunai.
Kini, Shahidan mendakwa pula, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Seri Azmi Khalid sebagai "tok dalang" di belakang pencalonan Dr Isa Sabu.
Mungkin ada benarnya tuduhan Shahidan itu!
Nama yang dikemukakan hanya satu dari anak Badawi iaitu Shahidan Kasim kepada Istana tetapi bagaimana pula boleh muncul satu lagi nama Md Isa Sabu hingga membolehkan pengundian dijalankan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan