ADUN Pasir Panjang, YB Ir. Mohamad Nizal Jamaludin akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru jam 11.30 pagi esok, 17 Mac di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Perak, Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor hari ini.
BERNAMA melaporkan, Abdul Rahim berkata pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah telah berkenan mengadakan majlis tersebut.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Ahmad Awang memberitahu, pada 15 Mac lalu, ketiga-tiga parti telah mencapai kata sepakat dan menghantar surat kepada Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, menyokong Ir Nizar sebagai MB dan mahu membentuk kerajaan bersama.
Ketiga-tiga parti juga bersetuju komposisi Exco berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi mereka iaitu komposisi DAP 6: PKR 3: PAS 1.
Menurut Malaysiakini, sehari sebelum Adun Pasir Panjang, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS, dijadual mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak Khamis lalu, pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan mengarahkan semua 18 wakil rakyat DAP di negeri itu supaya jangan menghadiri majlis tersebut.
Kit Siang bagaimanapun menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada sultan dan pemangku sultan Perak.
Bagaimanapun, pada sebelah paginya, PKR pula mengancam akan keluar dari kerajaan campuran dengan DAP dan PAS, kerana kerana tidak bersetuju dengan pembahagian kerusi exco negeri.
Perkara itu selesai selepas mesyuarat antara ketiga-tiga parti berkenaan memutuskan PKR diberikan tiga jawatan exco berbanding satu saja sebelum itu.
DAP pula mendapat enam kerusi exco berbanding lapan dalam peruntukan awal manakala PAS kekal dengan satu kerusi exco, selain jawatan Menteri Besar.
Berikutan ketidaksefahaman antara ketiga-ketiga parti yang menganggota kerajaan campuran di Perak itu, maka Raja Dr Nazri telah menangguhkan majlis angkat sumpah menteri besar.
Baginda juga menitahkan kesemua 31 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari DAP, PKR dan PAS menandatangani surat persetujuan menubuhkan kerajaan campuran dan menerima pelantikan Mohammad Nizar, yang juga Adun Pasir Panjang, sebagai menteri besar.
Surat berkenaan lapor Malaysiakini kemudiannya diserahkan kepada Abdul Rahim untuk dipersembahkan kepada Raja Dr Nazrin Shah pada jam 5.30 petang Jumaat.
2 ulasan:
saya rakyat perak yang kini sedang berkhidmat di miri mengucapkan tahniah dan syabas di atas perlantikan ir mohd nizar jamaluddin sebagai mb perak ke 10. semoga perak terus maju, aman makmur dan diberkati Allah di bawah pentadbiran Barisan Rakyat.
Nice blog! Is your themе custom maԁe
or did yоu download it from sоmewhеre? A dеsign likе уours
with a feω simple аdjustementѕ ωould
reаlly make my blog ѕtanԁ out. Please let me knоw where you got your thеme.
Appreciate іt
Also visit my web site - blu cigs
Catat Ulasan