KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Mac 16, 2008

IR NIZAR Dijangka Jadi MB PERAK Paling POPULAR!

Tarmizi Mohd Jam yang pernah menjadi Setiausaha Penerangan PAS Perak dan Pengarang Lidah Rasmi PAS Perak "Al-Ridhwan" menyifatkan takdir Allah dengan kemenangan sedemikian rupa di Perak bukan sahaja mengangkat Ir. Nizar sebagai Menteri Besar tetapi sekaligus akan memperkasakan PAS negeri itu pada masa depan. Bergambar bersama Presiden PAS sewaktu menyambut kedatangan beliau ke Program Jelajah Presiden Ke Wilayah Persekutuan!

Ir. Nizar yang mempunyai pelbagai kelebihan, dipercayai akan menjadi Menteri Besar yang paling popular di kalangan rakyat negeri Perak berbanding Menteri-Menteri Besar dari BN selama ini. Di sebelah beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Asmuni Awi.

By MEGAT AYUB MEGAT ALANG

JABATAN Pilihan Raya (JPN) PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Ahmad Awang atas selesainya kemelut perlantikan Menteri Besar dari PAS, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin, Adun Pasir Panjang, Lumut.

Demikian kenyataan ringkas Timbalan Pengarah JPN Wilayah, Tarmizi Mohd Jam kepada media alternatif pagi tadi.Beliau yang juga mantan calon PAS Dun Bota (1995) berharap tiada "gangguan" politik dari kalangan pakatan kerajaan campuran selepas ini, bagi membuktikan kepada rakyat bahawa PAS-DAP-PKR berupaya memikul tanggungjawab yang digalas atas nama kerajaan di negeri Perak.

Ketokohan dan kewibawaan YB. Ir. Mohd Nizar Jamaluddin, tegasnya sudah pasti mampu untuk menampilkan PAS sebagai sebuah parti yang toleran, bertanggungjawab dan konsisten dengan perjuangan nasib rakyat.

Ir. Nizar, ujarnya yang mempunyai pelbagai kelebihan, dipercayai akan menjadi Menteri Besar yang paling popular di kalangan rakyat negeri Perak berbanding Menteri-Menteri Besar dari BN selama ini.

Tegas Tarmizi dalam kenyataan itu, selain boleh berbahasa Cina, Tamil dan Inggeris, Ir. Nizar juga boleh mengajar kitab, menyampaikan kuliyyah agama, berkhutbah di mimbar masjid dan paling penting memiliki pengalaman luas dalam pentadbiran.

Tarmizi yang pernah menjadi Setiausaha Penerangan PAS Perak dan Pengarang Lidah Rasmi PAS Perak "Al-Ridhwan" menyifatkan takdir Allah dengan kemenangan sedemikian rupa di Perak bukan sahaja mengangkat Ir. Nizar sebagai Menteri Besar tetapi sekaligus akan memperkasakan PAS negeri itu pada masa depan.

Tiada ulasan: