Ir. Nizar dalam satu pertemuan dengan mantan calon PAS Trong, Ustaz Nor Azli Musa di Pejabat Perhubungan PAS Perak minggu lalu.
By TARMIZI MOHD JAM
GABUNGAN DAP-PAS-PKR menegaskan malam tadi, mereka menyedari bahawa jawatan Timbalan Menteri Besar Perak I dan II tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri Perak.
Dalam satu kenyataan ditandatangani oleh tiga pemimpin peringkat negeri itu; Setiausaha PAS Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, dan Pengerusi PKR Zulkifli Ibrahim, gabungan itu berkata Perlembagaan Negeri hanya memperuntukkan jawatan Menteri Besar dan sepuluh anggota Exco negeri.
BERNAMA melaporkan, sebarang rujukan kepada pangkat/jawatan (Timbalan Menteri Besar I dan Timbalan Menteri Besar II) kata kenyataan itu, adalah semata-mata untuk tujuan pentadbiran dalam kerajaan campuran yang akan dibentuk.
"Kami seterusnya ingin menjelaskan bahawa tiada mesyuarat antara kami dengan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, atau sebarang rundingan mengenai jawatan berkenaan,' jelas pemimpin itu.
Gabungan PAS-DAP-PKR itu turut mengucapkan tahniah kepada Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim atas kelahiran seorang putera mereka pada 14 Mac lalu.
"Kami menyertai seluruh rakyat Perak meraikan peristiwa yang menggembirakan ini," kata kenyataan itu.
Berita Sanggahtoksago.Com difahamkan, sebelum ini DAP Perak dan PKR Pusat juga telah menyebut satu kerusi Timbalan Menteri Besar akan diperuntukan untuk DAP dan PKR.
Koata Senator Perak juga disahkan oleh Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali semalam, akan diperuntukan kepada masing-masing satu kepada DAP dan PKR.
Sehingga kini, PAS hanya diperuntukan kerusi Menteri Besar dan satu kerusi Exco.
Bagaimanapun, ramai penganalisis politik berpendapat, kerusi Speaker Dewan Undangan Negeri wajar diberi kepada PAS bagi memudahcara peranan Menteri Besar di Dun tersebut, dalam keadaan selesa dan relevan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan