KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mac 01, 2008

Tarmizi SEDIA Masuk UMNO, Jika KAD UMNO Boleh Dapat DISKAUN!

Kalau Kad Umno boleh beri diskaun, maka tidak timbul soal kenaikan harga barang seperti sekarang...

Tarmizi ketika berkempen bersama calon PAS Titiwangsa, Dr. Lo Lo Ghazali di PPR Desa Rejang semalam yang menempatkan 12 blok flat yang dianggarkan mengandungi 20,000 penghuni!

By ISMAIL YAHYA

AHLI-AHLI Umno dan para pengundi BN dicabar agar membuktikan dengan menyokong BN dan Umno mereka boleh mendapat diskaun ketika membeli barangan keperluan dengan hanya menunjukkan kad ahli Umno, MIC atau MCA.

Cabaran spontan itu dibuat oleh Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Tarmizi Mohd Jam dalam kempennya membantu calon PAS, Dr. Lo Lo Datuk Ghazali di PPR Desa Rejang, dalam Parlimen Setiawangsa.

"Kalau betul dengan tunjuk kad Umno kita dapat diskaun, tolong beri saya satu borang keahlian Umno. Saya nak masuk Umno. Saya dah tak tahan dengan harga minyak melambung. Tol berganda. Barang-barang dapur terpaksa dipilih-pilih kerana harganya sudah mahal," tegas beliau sambil disambut dengan gelak ketawa hadirin.

Katanya, isu kenaikan harga barang bukan terkena ke atas orang PAS atau PKR sahaja. Tetapi ia juga dirasai oleh orang-orang BN dan mereka yang tidak berparti.

"Jangan pandang ringan isu ini. Peluangnya sudah ada. Gunakan hak mengundi kita untuk menghentikan semua perlakuan tidak mesra rakyat ini dengan memangkah calon PAS dalam pilihan raya kali ini," ujar Tarmizi yang juga seorang bloggers.

Beliau juga kesal dengan tindakan SPR yang "buta hati" dan mematikan diri apabila calon BN Titiwangsa, Datuk Aziz Jamaluddin memperalatkan seorang Penolong Pegawai Kementerian Hal Ehwal Pengguna & Perdagangan Dalam Negeri, Zulkifli Ibrahim untuk menjawab bagi pihak BN dalam isu kenaikan harga yang dibangkitkan oleh PAS, dalam kempen mereka semalam di Desa Pandan.

Tarmizi menegaskan, SPR tidak berbuat apa-apa seperti "tunggul mati" dalam isu penggunaan bangunan kerajaan yang dijadikan Bilik Gerakan BN serta pencabulan RTM ke atas siaran tv dan radio yang kini sudah menjadi jentera pilihan raya BN sedangkan itu adalah hak rakyat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan la sampai masuk umno lak. kempen-kempen jugak. kalau dah masuk umno, sikit pulak orang pas ni. sokong idea kad umno mesti bagi diskaun 50 % beli minyak dan tol. biar orang umno tercengang fikir syor tuan Tarmizi itu.