KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mac 01, 2008

Dr. Lo Lo TEMBUSI PPR Desa Rejang Dan LANCARKAN Kelab Penyokong PAS!

Dr. Lo Lo menyampaikan ceramahnya dari atas kenderaan pacuan empat roda Storm dengan penuh semangat!

Menyampaikan logo calon dan baju tshirt 'PAS For All" kepada wakil kaum India, Encik Ghani yang akan berkerja untuk memenangkan PAS di PPR Desa Rejang

En Ah Leong yang mewakili kaum Tionghua PPR Desa Rejang menerima dua bandle tshirt "PAS For All" dari Dr. Lo Lo Ghazali...

By TARMIZI MOHD JAM


CALON PAS Titiwangsa, Dr. Lo Lo Datuk Ghazali berjaya menarik perhatian lebih 500 orang penghuni Penempatan Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, dalam kawasan Parlimen Setiawangsa malam tadi.

PPR ini merupakan pengundi terbesar di Titiwangsa yang dulunya menetap di Flat Pekeliling, Jalan Tun Razak yang kini sudah dirobohkan, tidak jauh dari PWTC.

Adalah dianggarkan tidak kurang dari 7,000 pengundi di sini mengundi di Titiwangsa. Mereka dipindahkan ke PPR Desa Rejang kira-kira dua tahun lalu.

Dalam ceramah malam tadi, Dr. Lo Lo mengajak agar penghuni di sini melakukan perubahan dan memberi peluang kepada PAS menggantikan BN yang telah bertapak lebih 50 tahun di Titiwangsa.

Ini penting bagi kita membetulkan perjalanan negara kita yang kian tempang dan porak-peranda. Selagi gejala rasuah dan pembaziran gagal ditangani dengan baik, maka selagi itu rakyat tertekan dengan pelbagai kenaikan harga barang," jelas beliau.

Respon baik penghuni PPR itu dapat dirasai dengan pekikan dan sorakan mereka setiap kali Dr. Lo Lo bertanyakan "betul atau tidak".

Dr. Lo Lo turut menghuraikan tawaran manifesto PAS yang akan diberikan kepada rakyat jika parti alternatif memerintah negara.

Antaranya, beliau menyentuh, PAS akan menyediakan rumah milik penuh kepada penghuni PPR, menghapuskan PTPTN, memberi pendidikan dan rawatan kesihatan percuma, menurunkan harga minyak dan membangunkan negara untuk keselesaan rakyat.

Pada majlis itu, Dr. Lo Lo melancarkan Kelab Penyokong PAS PPR Desa Rejang dan menyerahkan logo calon serta tshirt "PAS For All" kepada wakil kaum Tionghua, Encik Ah Leong dan wakil kaum India, Encik Ghani.

Turut berkempen malam tadi ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah dan Timbalannya, Ishak Surin dan Tarmizi Mohd Jam, Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabky Yusuf, Exco Pemuda PAS Wilayah, Zamri dan Ustaz Azhar Yahya, Exco Dewan Ulama PAS Wilayah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Dr. Lo Lo. Ana ikut kempen di Datuk Keramat dan semalam di Desa Rejang. Ada gaya dan ketokohan. Dr. Lo Lo boleh tewaskan calon BN. Hujah dia cukup bernas sebab itu orang Cina dan India tertarik dgn Dr. Lo Lo. Ceramah Tarmizi semalam juga bertenaga sebab terus masuk gear lima agaknya. Tapi relevan dan kraetif terutama bila cabar nak masuk umno kalau kad ahli umno boleh bagi diskaun 50% bayar tol atau isi minyak. Ada orang Umno kat tepi saya kata "ha aa la, patutnya umno bagi diskaun, betui la kata budak tuh!". Wah reaksi bagus tu!

Pengundi Desa Rejang PPR

Tanpa Nama berkata...

Kami doakan dr lo lo menang dan dapat tewaskan aziz jamaluddin. biar dia terus jadi pengerusi masjid kg baru. tak layak nak jadi wakil kami. kami akan kempen dikalangan kaum wanita kat titiwangsa agar undi dr lo lo. kami dah fedup dgn wakil bn yang sentiasa tipu kami.