KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mac 07, 2008

TERBONGKARLAH Wajah Siapa Yang PALSU dan HODOH?


By CILI API

CILI Api mendengar laungan lebih kuat dari parti-pati bukan kerajaan – PKR, PAS dan DAP - “Kami sudah menang!”

Angin perubahan memang sudah melanda seluruh negara. Mereka yakin sekurang-kurangnya akan menang besar untuk menafikan majoriti dua pertiga Umno-BN.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari inteligen polis, askar dan parti-parti bukan kerajaan sendiri, nampaknya terdapat asas yang kuat dan benar bagi keyakinan mereka masing-masing.

Ada pula tanda kebimbangan dan ketakukutan yang jelas di kalangan Umno-BN. Lebih kerap dan kuat suara fitnah dan pembohongan yang mereka jeritkan melalui semua media yang mereka miliki dan kuasai.

Sekarang sasaran utama mereka ialah pemimpin pakatan parti-parti luar kerajaan yang juga Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Sebelum ini mereka cuba mematikan Anwar dengan mengharamkan siaran gambar dan berita, walaupun negatif, dalam semua media penipu itu.

Cili Api lihat bukan saja pemimpin-pemimpin besar Umno-BN yang cuba mengganyang Anwar. Bahkan Dr Mahathir dan beberapa orang tokoh oportunis yang lain pun turut tumpang semangkok.

Antaranya seorang India yang keluar dari keADILan selepas tidak sampai enam bulan jadi ahli kerana Keadilan tidak melayan desakannya untuk diberi jawatan tinggi dalam parti.

Seorang lagi diwarwarkan oleh media sebagai pemimpin gerakan keadilan seluruh dunia, pada hal beliau cuma seorang pemimpin NGO kecil tempatan yang meletakkan dirinya sebagai ketua tanpa dipilih melalui proses demokrasi.

Mantan PM Mahathir sudah tidak berdetuk dan berdetik lagi mengkritik Dolah Badawi yang sangat dibencinya.

Mulutnya tersumbat setelah anaknya Mukhriz dan kroni politik kesayangannya yang korup, iaitu “Tengku” Adnan dan Aziz Shamsudin diberi peluang menjadi calon dalam PRU12 ini.

Orang yang berlagak dan diwarwar sebagai pemimpin besar “keadilan dunia” itu selalunya lantang mengkritik kezaliman, korupsi, penyelewengan dan penipuan kuasa-kuasa besar. Itu memang baiklah.

Tetapi beliau tidak pernah berdecit pun menentang segala kezaliman, korupsi, penelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh para pemimpin Umno-BN.

Bahkan beliau selalu menjilat mereka.

Cili Api sangat suka dengan pilihanraya. Ia sekurangnya mendedahkan wajah sebenar mereka yang sepanjang masa cuba bersembunyi di sebalik topeng palsu dan dakyah tipu.

Tiada ulasan: