KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mac 21, 2008

TOK GURU Jangan "MATI LAGI": SIMBOLIK dan SIGNAL Rakyat Kelantan!

Saya sempat memeluk Tok Guru Nik Aziz dan bertanya khabar setelah sekian lama tidak berjumpa ketika menyambut ketibaannya di Pentas Dewan Serbaguna Persint 9, Putrajaya dalam kempen PRU 12 baru-baru ini.

By TARMIZI MOHD JAM

TELAH lama kami tidak bertemu. Saya memeluknya erat-erat dan bertanya khabar. Tangan masih berjabat mesra. Sempat saya mengusik, "Tok Guru sihat nih, nampak gagah lagi!"

Tok Guru Nik Aziz tersenyum. Dia menyapa, "lama kawe tak jumpo demo". Saya menganggukkan kepala dan tersenyum kepadanya. Lantas dia duduk dalam kesesakan orang-ramai yang menunggunya di Dewan Orang Ramai Perseint 9, Putrajaya.

Tok Guru datang sempena kempen pilihan raya ke 12 di Putrajaya. PAS bertanding di sana meletakkan calonya, Pesuruhjaya PAS Wilayah, Haji Mohamad Noor Mohd.

Terfikir pada kotak minda saya, alangkah bagusnya Tok Guru masih terus memimpin Kelantan seelpas pilihan raya ini.

Fikiran saya itu akhirnya menjadi kenyataan. Tok Guru Nik Aziz Nik Mat tidak jadi undur dari kerusi Menteri Besar Kelantan. Perlantikan dan persetujuan Presiden PAS untuk menyambung tugasannya adalah pilihan paling tepat buat masa ini, bisik saya.

Semalam, Tok Guru telah menolak desas-desus kononnya beliau hanya akan memegang jawatan itu untuk tempoh tidak sampai sepenggal sebelum ianya diambil-alih oleh mana-mana pimpinan kanan PAS Kelantan.

"Saya segar (sihat) sikit sekarang ni, (selain) ubat yang saya makan, ramai yang berdoa untuk kesihatan saya. (Malah) ada orang Cina yang datang berjumpa dengan saya kata pada saya, Tok Guru jangan mati lagi. Insya-Allah, saya akan terus pegang (jawatan Menteri Besar Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam.

Sebelum ini saya menulis di Harakahdaily darihal kenyataan Tok Guru yang akan berundur selepas pilihanraya umum ke 12, bagi memberi laluan kepada muka baru.

Kenyataan Tok Guru itu tersebar sebelum pilihan raya umum baru-baru ini. Tok Guru Nik Aziz berkata beliau sedia berundur daripada jawatannya itu setelah PAS terus menguasai negeri Kelantan pada pilihan raya 8 Mac lepas.

Bagaimanapun, PAS Pusat masih memilihnya untuk kekal dan beliau akur serta akan terus memimpin Kelantan sebagai amanah yang diberikan oleh jamaah.

Saya bersyukur dengan perkembangan itu.

Anda boleh klik Pengumumuan Undur Nik Aziz Sarat Maslahat Politik? untuk membaca semula ulasan tersebut.

Menteri Besar paling popular dan penuh karisma itu kini sudah berusia 77 tahun. Dan sudah memerintah empat penggal, kini masuk penggal yang ke lima.

Jika sehingga habis tempoh penggal kelima ini, Tok Guru terus menjadi Menteri Besar, bermakna tempoh beliau berkuasa dan memerintah lebih lama dari Tun Mahathir 22 tahun.

Barangkali tempoh itu mencecah selama 23 tahun atau lebih, jika penggal kelima ini Tok Guru terus sihat dan segar memerintah sehingga bertemu semula pilihan raya umum ke 13.

Keperluannya di Kelantan amat mendesak bagi menyatukan semula PAS Kelantan dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat terhadap Kerajaan Negeri yang dikuasai PAS.

Tok Guru Nik Aziz, yang dilahirkan pada tahun 1931 di Pulau Melaka, sebelum ini pernah diserang sakit jantung.

Sebelum pilihan raya lalu, tiga nama yang disebut-sebut sebagai pengganti Tok Guru menerajui Kelantan ialah Timbalannya sekarang, Datuk Ahmad Yaakob, Exco Kanan, Datuk Husam Musa dan Exco Pendidikan, Mohd Amar Nik Abdullah.

Antara tiga nama itu, Husam Musa terus disebut-sebut sebagai calon paling popular menggantikan Tok Guru!

Tiada ulasan: